awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Terbuka Malaysia 2026: Aaron-Wooi Yik, Wan Arif-Roy King mara ke pusingan kedua
AS rampas dua kapal tangki 'armada bayangan' dikaitkan dengan minyak Venezuela
Terbuka Malaysia 2026: Meskipun sakit, Soon Huat-Shevon bangkit cipta kemenangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kawalan sempadan diperkukuh, tangkapan rakyat Malaysia di Sungai Golok menurun

Bernama
Bernama
06/01/2026
21:10 MYT
Kawalan sempadan diperkukuh, tangkapan rakyat Malaysia di Sungai Golok menurun
Jumlah tangkapan melibatkan rakyat Malaysia di bandar sempadan Sungai Golok sepanjang Disember lepas menurun. - Gambar fail/BERNAMA
KOTA BHARU: Penurunan jumlah tangkapan melibatkan rakyat Malaysia di bandar sempadan Sungai Golok sepanjang Disember lepas, mencerminkan keberkesanan langkah pencegahan hasil kawalan sempadan yang diperkukuh oleh pihak berkuasa Thailand dan Malaysia.
Ketua Polis Daerah Sungai Golok, Kolonel Thun Sirikhunt berkata, hanya tujuh rakyat Malaysia ditahan dalam beberapa operasi penguatkuasaan sepanjang tempoh itu, membabitkan kes memasuki Thailand tanpa dokumen perjalanan sah serta kes berkaitan dadah.
Beliau berkata, seorang daripada mereka ditahan atas kesalahan dadah manakala enam lagi kerana memasuki Thailand secara haram, sekali gus menunjukkan pergerakan sindiket semakin disekat sebelum kegiatan jenayah dapat dilakukan.
"Dadah jenis methamphetamine atau pil Yaba masih menjadi bahan terlarang utama yang cuba diseludup, justeru operasi penguatkuasaan akan terus dipergiat," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata operasi berterusan dijalankan secara bersepadu melibatkan polis, tentera, Pejabat Daerah Sungai Golok serta Pejabat Datuk Bandar, di samping kerjasama rapat dengan pihak berkuasa Malaysia bagi mengekang jenayah rentas sempadan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sungai Golok
#jumlah tangkapan menurun
#Kawalan sempadan
#sempadan thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan