KUALA LUMPUR: Seramai 10,561,588 individu atau 45.1 peratus daripada populasi dewasa di negara ini telah menerima dos penggalak vaksin COVID-19, setakat 11.59 malam tadi.
Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman COVIDNOW, daripada jumlah itu sebanyak 153,210 dos penggalak diberikan semalam.
Dalam pada itu, seramai 22,915,270 individu atau 97.9 peratus daripada populasi dewasa negara telah melengkapkan vaksinasi manakala 23,192,788 individu atau 99.1 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.
Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, seramai 2,779,919 individu atau 88.3 peratus daripada kumpulan itu telah lengkap menerima vaksin COVID-19 manakala 2,863,961 individu atau 91 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Statistik harian menunjukkan sejumlah 154,906 dos vaksin telah diberikan semalam, yang turut melibatkan 1,019 dos pertama dan 677 dos kedua, menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 62,109,995 dos.
Sementara itu, menurut portal Github KKM, 14 kes kematian direkodkan semalam dengan Johor, Kedah, Perak, Selangor dan Terengganu masing-masing mencatatkan dua kematian manakala Kuala Lumpur, Sabah, Pahang dan Melaka merekodkan satu kematian.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 23 2022

Sejumlah 154,906 dos vaksin diberikan pada Sabtu, melibatkan 1,019 dos pertama dan 677 dos kedua, menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan menerusi PICK meningkat kepada 62,109,995 dos. - Gambar hiasan

Kuching City FC tempah tiket ke suku akhir Piala FA
Perlawanan malam tadi menyaksikan ia bermula seimbang dengan kedua-dua pasukan saling melancarkan serangan.

Sabah FC kongsi mata dengan pendahulu Liga Super, JDT
Skuad The Rhinos terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ke-23 menerusi tandukan Baddrol Bakhtiar.

Iran antara negara tertinggi kadar pemvaksinan di dunia
Iran adalah antara negara yang mencatatkan kadar tertinggi dalam pemvaksinan di dunia, kata Pengarah Pencegahan Penyakit Kementerian Kesihatan Iran, Mohsen Zahraei pada Selasa.

Permintaan tinggi jenama tertentu tepung gandum punca kekurangan bekalan - Nanta
Negara hanya mengimport 15 peratus bekalan gandum dari India, Amerika Syarikat dan Ukraine manakala selebihnya dari Australia.

Orban angkat sumpah PM Hungary untuk penggal kelima
Dalam ucapannya, Orban memberi amaran bahawa masa sukar menanti di hadapan.

Cabaran pasca-COVID dalam subsektor perikanan tuntut komitmen berterusan LKIM
Komitmen itu juga penting agar hasil perikanan sentiasa mencukupi dalam terus menjamin sekuriti makanan negara.

Politik Filipina | Protes bantah lawatan Ferdinand Marcos Jr di Melbourne
Masyarakat Filipina di Australia berhimpun di melbourne bagi membantah lawatan bakal presiden, Ferdinand Marcos Junior yang dipercayai melawat anaknya di negara itu. Menurut jurucakapnya, Marcos Junior berada di Australia untuk tujuan lawatan peribadi bersama keluarga.

Terbuka Thailand: Sze Fei-Nur Izzuddin mara ke pusingan kedua
Beregu lelaki negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani memulakan kempen mereka di Kejohanan Badminton Terbuka Thailand 2022.

Harimau Malaya | 29 Pemain sertai kem latihan bermula 19 Mei
Matthew Davies, Afiq Fazail, Guilherme De Paula, Junior Eldstal dan Norshahrul Idlan Talaha antara sembilan pemain baharu yang dipanggil untuk menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya bermula 19 Mei ini. Pengendali Harimau Malaya, Kim Pan Gon mengumumkan, seramai 29 pemain yang telah disenaraikan sebagai persiapan mengharungi dua aksi persahabatan dan kelayakan Piala Asia 2023 yang bermula 27 Mei depan.

25 Tahun | Rossa Bakal adakan konsert di Jakarta 27 Mei ini
Tahun ini, genap 25 tahun penyanyi terkenal dari Indonesia, Datuk Seri Rossa berada dalam industri nyanyian. Penyanyi berusia 43 tahun itu membawa khabar gembira untuk peminat apabila bakal mengadakan Konsert Rossa 25 Shining Years pada 27 Mei ini di Istora Senayan, Jakarta.

27.5 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap vaksinasi COVID-19
Sebanyak 1,580,723 kanak-kanak lima hingga 11 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Kerajaan lulus RM15 juta dana tambahan untuk penjujukan genom SARS-CoV-2
Ia bagi memperkukuh ekosistem sokongan pembiayaan penyelidikan dan pembangunan (R&D) susulan penularan wabak COVID-19 di Malaysia.

Lebih 26% kanak-kanak di Malaysia lengkap vaksinasi COVID-19
Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, sebanyak 2,897,493 atau 93.1 peratus telah lengkap vaksinasi manakala 2,994,981 atau 96.2 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Lebih 132,000 kanak-kanak di Malaysia lengkap vaksinasi COVID-19
Bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sejumlah 2,860,287 individu atau 91.9 peratus lengkap divaksinasi.

Hampir 16 juta populasi dewasa negara terima dos penggalak
Sejumlah 22,956,764 individu atau 97.6 peratus daripada populasi dewasa telah melengkapkan vaksinasi.

Lebih 33,000 kanak-kanak telah lengkap vaksinasi COVID-19
Sejumlah 1,353,774 kanak-kanak 5-11 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Lebih 1.3 juta populasi kanak-kanak di Malaysia terima vaksin COVID-19
Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, sejumlah 2,848,821 individu telah melengkapkan vaksinasi.

Lebih 15 juta individu dewasa Malaysia terima dos penggalak
Setakat Isnin, sejumlah 22,944,111 atau 97.5 peratus daripada populasi dewasa telah melengkapkan vaksinasi.

Lebih 1.2 juta kanak-kanak di Malaysia terima vaksin COVID-19
Bagi remaja 12 hingga 17 tahun, sejumlah 2,843,805 individu atau 94.6 peratus telah melengkapkan vaksinasi.

PICKids: Ibu bapa mahu anak selamat, dilindungi di sekolah
Risau penularan COVID-19 disebabkan kesukaran penjarakan fizikal dalam kalangan murid-murid sekolah menjadikan ibu bapa kini lebih terbuka membenarkan anak mereka mengambil vaksin menerusi PICKids.