KUALA LUMPUR:Sejumlah 732 kes baharu dilaporkan pada Rabu, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 22,957 kes.

Daripada jumlah keseluruhan kes hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mendedahkan terdapat tiga kes merupakan pengunjung yang pulang dari Sabah.

Ini menjadikan jumlah kes yang dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 September 2020 adalah sebanyak 454 kes.

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:

Sabah: 535 kes

- 254 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
- 64 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- 19 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Basung;
- Enam (6) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Inai;
- Dua (2) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tempayan; dan
- 190 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Selangor: 114 kes

- 49 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- 34 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
- Lapan (8) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Cahaya;
- Dua (2) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bah Kota;
- 15 kes daripada saringan tempat kerja;
- Satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Long; dan
- Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 20 kes

- Enam (6) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Melati;
- Enam (6) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
- Lima (5) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
- Tiga (3) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Long.

Pulau Pinang: 12 kes

- 11 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Negeri Sembilan: Sembilan kes

- Empat (4) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Cahaya;
- Empat (4) kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Satu (1) kes daripada kluster sedia ada.

Wilayah Persekutuan Labuan: Sembilan kes

- Lima (5) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bina Labuan;
- Dua (2) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah); dan
- Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Kedah: Tujuh (7) kes daripada kluster sedia ada.

Perak: Tujuh (7) kes

- Empat (4) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah);
- Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Wilayah Persekutuan Putrajaya: Enam (6) kes daripada kluster-kluster sedia ada.

Melaka: Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Kelantan: Satu (1) kes daripada kluster sedia ada.

Pahang: Satu (1) kes daripada kluster sedia ada.

Sebagai rekod, Kementerian Kesihatan mengesan lapan kluster baharu melibatkan lima negeri iaitu di Sabah, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Labuan.

Ia merupakan jumlah kluster terbanyak yang dikesan KKM dalam tempoh 24 jam.

BACA: COVID-19: Data dan informasi setakat ini (Dikemas kini setiap hari)

BACA: COVID-19: Lapan kluster baharu dikesan, terbanyak dalam tempoh 24 jam

BACA: COVID-19: Kluster terbanyak dalam sehari! Ini inti pati sidang media KKM hari ini