MALAYSIA
COVID-19: 59 lagi kematian direkod, 10 BID

Kes kematian yang dilaporkan malam tadi turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sejumlah 59 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu kepada 29,486 kes, daripada 2,516,992 kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, 10 daripada 59 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).
Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.Ini berikutan proses pengesahan sama ada pesakit COVID-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.
Sementara itu, terdapat 62,890 kes aktif COVID-19 di seluruh negara.
Daripada jumlah itu, 48,730 individu atau 77.5 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.
Seramai 7,999 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).
Sebanyak 5,617 kes dirawat di hospital dan 544 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).
Kes ICU membabitkan 264 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 280 lagi memerlukan mesin ventilator.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami