KUALA LUMPUR: Malaysia merekodkan empat kluster baharu COVID-19 hari ini dengan tiga daripadanya melibatkan kluster tempat kerja.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan empat kluster itu menjadikan sejumlah 467 kluster masih aktif daripada keseluruhan 1,203 kluster.
"Jumlah kluster yang telah tamat ialah 736 kluster termasuk sembilan kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Jalan Perindustrian, Kluster Selasih Perindu, Kluster Keladi Saga, Kluster Sri Sengkang, Kluster Jalan Permata, Kluster Jalan Cyber Lima, Kluster Tinanom, Kluster Jalan Waja, dan Kluster Persiaran Hulu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut beliau, kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Industri Sungai Gadut (51kes), Kluster Industri Subang (36 kes), dan Kluster Kebun Baru (22 kes).
Berikut perincian empat kluster baharu yang dilaporkan hari ini:
1. KLUSTER CYBER 72
- Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-306783) dilaporkan positif COVID-19 pada 4 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala.\
- Kluster ini melibatkan sebuah kilang yang terletak di Jalan Cyber 5, Senai, Kulai. Sehingga 8 Mac 2021, sejumlah 163 individu telah disaring, di mana 18 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
2. KLUSTER JALAN i-PARK TIGA
- Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-311121) dilaporkan positif COVID-19 pada 6 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala.
- Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan i-Park 1/3, Bandar Indahpura, Kulai. Sehingga 8 Mac 2021, sejumlah 43 individu telah disaring, di mana lapan (8) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
3. KLUSTER JALAN LOKE YEW
- Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 2 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah pasar raya yang terletak di Jalan Loke Yew, Cheras.
- Sehingga 8 Mac 2021, sejumlah 16 individu telah disaring, di mana 11 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
4. KLUSTER BUKIT BAYAS
- Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kuala Terengganu di Terengganu; Johor Bahru di Johor; dan Petaling di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-305877) dilaporkan positif COVID-19 pada 3 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala.
- Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Kampung Bukit Bayas, Kuala Terengganu. Sehingga 8 Mac 2021, sejumlah 139 individu telah disaring, di mana 23 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
BACA: 1,529 kes baharu COVID-19 dilapor hari ini, terendah pada 2021 - KP Kesihatan
Harits Asyraf Hasnan
Mon Mar 08 2021

Tiga daripada empat kluster baharu COVID-19 yang dilaporkan hari ini dikesan di tempat kerja. - Gambar hiasan BERNAMA

AUKU: KPT kaji kebebasan dan autonomi pelajar
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sedang mengkaji secara mendalam berkenaan pindaan Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) 1971.Menurut Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, ketika ini KPT dalam fasa memperhalusi setiap fasal dibawah Akta berkenaan.

BERSIH kecam lantikan Pengerusi MARA, FELCRA dan SPNB
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) mengecam dua pelantikan jawatan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) yang diumumkan kerajaan melibatkan Pengerusi MARA, FELCRA DAN SPNB.

DUN Johor kini guna istilah pengimbang, ganti pembangkang
Dewan Undangan Negeri Johor kini menggunakan istilah pengimbang bagi merujuk semua Ahli DUN Johor pembangkang.

Pemilihan UMNO: Dilakukan secara demokratik dan telus - Khaled Nordin
Jelas Mohamed Khaled Nordin yang juga Naib Presiden UMNO, meskipun terdapat isu pada pemilihan beberapa bahagian namun ujarnya ia dilakukan secara demokratik dan telus. Mohamed Khaled antara tiga calon yang menang sebagai Naib Presiden UMNO pada Pemilihan UMNO sesi 2023 -2026. Dua lagi nama yang memenangi jawatan itu, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Polis Terengganu tunggu arahan pejabat pengarah pendakwaan
Polis Terengganu sedang menunggu arahan daripada Pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri untuk tindakan lanjut berhubung kes perarakan HIMPIT 2023 pada 17 Februari lalu.

Wujudkan sistem penilaian yang holistik ukur indeks prestasi utama syarikat konsesi
Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Adnan Abu Hassan mempersoalkan bagaimana prestasi pemegang-pemegang konsesi di bawah penilaian Kementeria Kerja Raya? Belia pada masa yang sama menyarankan agar Jabatan Kerja Raya mewujudkan sistem penilaian yang holistik untuk mengukur indeks prestasi utama konsesi yang telah menerima tender bagi selenggara selia jalan persekutuan,

Monsun Timur Laut berakhir 23 Mac, fasa Peralihan Monsun pula bermula - MetMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan fasa peralihan monsun bermula 23 Mac depan sehingga pertengahan Mei.

Tiada krisis 'Situasi Lehman' dalam keadaan kemelut perbankan AS - Penganalisis
Bank-bank berkenaan mempunyai kedudukan mudah tunai yang lebih baik berbanding pada 2008 dan bank Asia hanya mengalami pendedahan minimum terhadap bank wilayah AS.

TH keluar surat tawaran haji kepada 31,600 jemaah mulai Rabu
Lembaga Tabung Haji (TH) akan mengeluarkan surat tawaran haji bagi tahun 2023 secara berperingkat mulai Rabu ini.

Johor catat peningkatan kes kesihatan mental, gangguan emosi sejak COVID-19
Perkembangan itu cukup membimbangkan memandangkan ia perlu dikendalikan dengan baik supaya tidak berlarutan sehingga membawa kepada isu kesihatan lain.

Pesakit COVID-19 di fasiliti kesihatan meningkat minggu lepas
Jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan bagi setiap 100,000 penduduk meningkat 3.4 peratus.

Kumulatif kes demam denggi meningkat 205.6 peratus
Jumlah kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sejak awal tahun sehingga kini meningkat kepada 13,094 kes.

Kontraktor pembersihan, sekolah disaran kawal pembiakan nyamuk - KP Kesihatan
Pihak sekolah serta kontraktor pembersihan disaran mengambil tindakan mengawal pembiakan nyamuk di sekolah yang berisiko menyebabkan demam denggi.

Kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan meningkat 6.3 peratus - Dr Noor Hisham
Jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan bagi setiap 100,000 penduduk meningkat 6.3 peratus pada Minggu Epidemiologi keempat 2023.

Kes demam denggi turun 8 peratus pada minggu epidemiologi 3
Satu kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada ME3/23.

Tiada laporan kes strok dalam kajian vaksin Corminaty Bivalent - Dr Noor Hisham
Setakat ini tiada signal keselamatan strok iskemik dikesan melalui lain-lain sistem pemonitoran keselamatan di Amerika Syarikat.

Kes demam denggi meningkat ke 2,520 kes
Ia menyaksikan peningkatan sebanyak 13.6 peratus dengan satu kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan

Tarikh luput vaksin COVID-19 dipanjangkan - KP Kesihatan
Tarikh luput vaksin COVID-19 yang digunakan di negara ini telah dipanjangkan tempohnya susulan penemuan data baharu mengenai kestabilan vaksin itu oleh syarikat pengeluar.

KKM jangka tiada lonjakan kes COVID-19 semasa musim perayaan
Kementerian Kesihatan (KKM) menjangkakan tidak berlaku lonjakan kes baharu COVID-19 semasa musim perayaan ini, kata Ketua Pengarahnya Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

COVID-19: KKM teliti tujuh indikator sebelum perketat SOP - Dr Noor Hisham
Sekiranya data menunjukkan peningkatan di semua indikator, maka KKM akan melihat tindakan susulan.