awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Serangan terhadap Venezuela: Satu pelanggaran nyata terhadap undang-undang antarabangsa oleh AS untuk kesekian kalinya?
Bintang filem Korea Selatan, Ahn Sung-ki meninggal dunia pada usia 74 tahun
Bosan akibat kesesakan antara punca lorong kecemasan disalah guna
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 63 lagi kematian baharu, 11 kes BID

Astro Awani
Astro Awani
17/10/2021
23:00 MYT
COVID-19: 63 lagi kematian baharu, 11 kes BID
Jumlah keseluruhan kematian akibat wabak COVID-19 di negara ini adalah sebanyak 27,921 kes. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sejumlah 63 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu kepada 27,921 kes.
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, sejumlah 11 daripada 63 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital (brought-in-dead atau BID).
Bagaimanapun, jumlah kematian yang dilaporkan itu turut merangkumi sejumlah kes tertunggak kerana ada di antara kes meninggal dunia itu berlaku beberapa minggu lalu.
Tunggakan kes itu berlaku kerana proses bagi mengesahkan sama ada pesakit COVID-19 meninggal dunia akibat pandemik itu, memakan masa.
Namun, sifar kes kematian harian dilaporkan semalam.
Berdasarkan purata jumlah kes kematian harian sebenar selama tujuh hari, trend kematian pesakit COVID-19 menunjukkan penurunan selaras peningkatan jumlah populasi lengkap divaksin, serta yang menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Setakat semalam, sejumlah 69.7 peratus daripada keseluruhan populasi negara sudah menerima dos lengkap vaksin COVID-19 dan 77.2 peratus pula mendapat sekurang-kurangnya satu dos.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#bid
#jumlah kematian
#Kementerian Kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan