KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 68 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi.
Ini menjadikan keseluruhan kematian disebabkan wabak itu berjumlah 29,837, daripada 2,557,516 kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, 12 daripada 68 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).
Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.
Ini berikutan proses pengesahan sama ada pesakit COVID-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.
Sementara itu, terdapat 66,793 kes aktif COVID-19 di seluruh negara.
Daripada jumlah itu, 52,235 individu atau 78.2 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.
Seramai 8,242 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).
Sebanyak 5,780 kes dirawat di hospital dan 536 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).
Kes ICU membabitkan 285 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 251 lagi memerlukan mesin ventilator.
Astro Awani
Wed Nov 17 2021
Menurut data KKM, 12 daripada 68 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital. - Gambar fail
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
COVID-19: 417 kes baharu, empat kematian
Jumlah kematian dalam negara kini sebanyak 36,857 kes.
COVID-19: 902 kes baharu, enam kematian dicatat
Daripada jumlah itu, tiga kematian berlaku di luar fasiliti hospital atau 'brought-in-dead' (BID).
COVID-19: 1,040 kes baharu, sembilan kematian
Kes kematian meningkat kepada sembilan kes, berbanding enam kes yang dilaporkan pada Isnin.
COVID-19: 1,737 kes baharu, 17 kematian dicatat
Seramai 94 pesakit ditempatkan di ICU, manakala 57 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.
COVID-19: 1,672 kes baharu, 10 kematian dicatat
Negara juga mencatatkan 2,722 kes sembuh.
COVID-19: 2,256 kes baharu, empat kematian
Sejumlah 47 daripada mereka ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dengan 17 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.
COVID-19: 1,453 kes baharu, dua kematian dicatatkan
Seramai 967 pesakit mendapat rawatan di hospital dengan 37 daripada mereka ditempatkan di unit rawatan rapi.
3,083 kes baharu COVID-19, 12 kematian
Tiga daripada kematian melibatkan kes di luar fasiliti hospital atau brought-in-dead (BID).
2,783 jangkitan baharu COVID-19, sembilan kematian
Sembilan kematian baharu direkodkan, empat daripadanya melibatkan kes di luar fasiliti hospital atau brought-in-dead (BID).
COVID-19: 1,278 lagi kes baharu, dua kematian
Sebanyak 1,278 lagi kes baharu dilaporkan, menjadikan jumlah kes kumulatif di negara ini mencecah 4,454,113.