awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jumpa di London, lima kali Muhyiddin kata sedia lepaskan jawatan - Annuar
China lanjutkan pengurangan yuran visa untuk rakyat Malaysia hingga 32 Dis 2026
PM Anwar bidas pengkritik peranan Malaysia selesaikan konflik Thailand-Kemboja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 714 kes positif baharu di Sabah libatkan kanak-kanak bawah 11 tahun

Astro Awani
Astro Awani
23/02/2022
08:25 MYT
COVID-19: 714 kes positif baharu di Sabah libatkan kanak-kanak bawah 11 tahun
KUALA LUMPUR: Sebanyak 714 daripada 3,971 kes positif yang direkodkan di Sabah hari ini terdiri daripada kanak-kanak bawah 11 tahun, dedah Datuk Seri Masidi Manjun.
Beliau yang juga Jurucakap Kerajaan Sabah berkaitan COVID-19 berkata, 505 kes melibatkan kanak-kanak 5 hingga 11 tahun yang belum divaksin manakala 209 kes merupakan kanak-kanak yang belum layak mendapat vaksin.
Malah, tegas Masidi, peratusan jangkitan sporadik (kes bergejala) hari ini juga dilihat tinggi iaitu 67.41 peratus.
"Ini satu petanda bahawa kes-kes baharu boleh bertambah secara mendadak pada bila-bila masa," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Walaupun berlaku penurunan kes positif iaitu 435 kes berbanding kes harian semalam (4,406 kes), Masidi berkata, jumlah kes baharu yang direkodkan masih tinggi.
Katanya, sebanyak 13 daerah merekodkan kes tiga angka yang mana Kota Kinabalu mencatatkan kes tertinggi dengan 735 kes; Penampang (516 kes); Tawau (338 kes); Papar (320 kes); Sandakan (198 kes) dan Keningau (155 kes).
Selain itu, Masidi yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah berkata, 99.09 peratus atau 3,935 kes berada dalam Kategori 1 dan 2; 12 kes dalam Kategori 3; 17 kes dalam Kategori 4 dan tujuh kes dalam Kategori 5.
Topic Berkaitan
#Masidi Manjun
#Kes positif Sabah
#COVID-19
#kanak-kanak kes COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan