COVID-19: 721 kes baharu, dua kematian dicatat

15,541 kes aktif direkodkan pada Isnin dan daripada jumlah itu, 14,812 kes sedang menjalani kuarantin di rumah. - Foto fail/REUTERS
KUALA LUMPUR: Jangkitan baharu COVID-19 pada Isnin terus kekal di bawah 1,000 kes untuk hari ketiga berturut-turut
Jumlah kes turun kepada 721 kes yang dilaporkan semalam berbanding 847 kes pada hari sebelumnya.
Portal KKMNOW turut maklumkan dua kes kematian dicatatkan pada Isnin.
Tiada kematian berlaku di luar fasiliti hospital atau 'brought-in-dead' (BID).
Sementara itu, 15,541 kes aktif direkodkan pada Isnin dan daripada jumlah itu, 14,812 kes atau 95.3 peratus pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.
Tiada pesakit ditempatkan di pusat kuarantin (PKRC), manakala 685 pesakit mendapat rawatan di hospital.
44 daripada mereka ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), manakala 23 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.
Negara juga mencatatkan 914 kes sembuh.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

