awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
Perolehan projek tentera : Beberapa syarikat terpilih 'dominasi' projek bernilai tinggi - SPRM
8,006 sukarelawan SPM dilantik tahun ini, tertinggi sejak 2023 - Fadhlina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 8 kluster baharu, libatkan majlis sosial, rumah panjang

Astro Awani
Astro Awani
11/04/2021
11:02 MYT
COVID-19: 8 kluster baharu, libatkan majlis sosial, rumah panjang
Sejumlah lapan kluster baharu COVID-19 dikenal pasti hari ini melibatkan empat buah negeri, menjadikan jumlah kluster yang masih aktif pada ketika ini adalah 343 kluster. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Sejumlah lapan kluster baharu COVID-19 dikenal pasti hari ini melibatkan empat buah negeri.
Ia menjadikan jumlah kluster yang masih aktif pada ketika ini adalah 343 kluster.
Di Sarawak, terdapat empat kluster baharu iaitu dua kluster tempat kerja iaitu Jalan Bambangan dan Jalan Badarudin serta dua kluster komuniti iaitu Nganga Kelangas dan Abak Bon.
Dilaporkan dua kluster baharu di Selangor melibatkan tempat kerja iaitu Jalan Kasawari dan Jalan Desaria.
Sementara Kelantan merekodkan satu kluster baharu melibatkan tempat kerja iaitu Jalan Zainab.
Di Sabah, satu kluster baharu dilaporkan iaitu Meruntum melibatkan komuniti.
Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Tapak Bina Cybersouth (180 kes), Kluster Jalan Kasawari (49 kes), dan Kluster Telok Mas (44 kes).
Berikut perincian berkenaan kluster baharu hari ini:
  • KLUSTER JALAN KASAWARI
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuala Langat di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 11 April 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Kasawari, Kawasan Perusahaan Kebun Baru, Telok Panglima Garang, Kuala Langat. Sehingga 11 April 2021, sejumlah 198 individu telah disaring, di mana 49 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER JALAN DESARIA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Sepang, Gombak, dan Hulu Langat di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-354763) dilaporkan positif COVID-19 pada 8 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah institusi awam yang terletak di Jalan Desaria, Kampung Pulau Meranti, Puchong. Sehingga 11 April 2021, sejumlah 193 individu telah disaring, di mana 13 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER JALAN BAMBANGAN
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Mukah dan Dalat di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-354166) dilaporkan positif COVID-19 pada 7 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat pengajian yang terletak di Jalan Bambangan, Mukah. Sehingga 11 April 2021, sejumlah 72 individu telah disaring, di mana 30 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER JALAN BADARUDIN
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuching dan Samarahan di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-354160) dilaporkan positif COVID-19 pada 7 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat pentadbiran awam yang terletak di Jalan Badarudin, Kuching. Sehingga 11 April 2021, sejumlah 91 individu telah disaring, di mana 17 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER JALAN ZAINAB
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Pasir Puteh, Bachok, Kota Bharu, Pasir Mas dan Tumpat di Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-353286) dilaporkan positif COVID-19 pada 6 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah syarikat yang terletak di Jalan Sultanah Zainab, Kota Bharu. Sehingga 11 April 2021, sejumlah 286 individu telah disaring, di mana 51 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER NANGA KELANGAS
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Julau di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-350572) dilaporkan positif COVID-19 pada 4 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes berlaku iaitu di Nanga Kelangas, Sungai Merurun, Julau. Sehingga 11 April 2021, sejumlah 57 individu telah disaring, di mana 37 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER ABAK BON
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Miri dan Subis di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-340251) dilaporkan positif COVID-19 pada 27 Mac 2021 hasil saringan pra pembedahan. Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu rumah-rumah panjang yang didiami oleh kes-kes dalam kluster ini di Miri. Sehingga 11 April 2021, sejumlah 175 individu telah disaring, di mana 34 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER MERUNTUM
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Putatan dan Penampang di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-358071) dilaporkan positif COVID-19 pada 10 April 2021 hasil saringan kontak rapat. Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti majlis sosial di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Kampung Meruntum Fasa 3, Putatan. Sehingga 11 April 2021, sejumlah 72 individu telah disaring, di mana 8 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Kluster baharu
#kluster COVID-19
#jangkitan komuniti
#jangkitan tempat kerja
#Penampang
#Pasir Mas
#Kuala Langat
#Kota Bharu
#Kuching
#Puchong
#Tumpat
#Sepang
#Miri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan