KUALA LUMPUR: Sejumlah 9,380 kes positif COVID-19 dilaporkan di seluruh negara hari ini menjadikan jumlah kumulatif kepada 2,303,837 kes.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Sarawak kekal merekodkan kes harian tertinggi dengan 1,503.
‘’Beberapa negeri mencatatkan kes harian empat angka seperti Kelantan dengan 1,170 kes, Selangor (1,116) dan Johor (1,105).
‘’Ini diikuti Sabah dengan 790 kes, Terengganu (704), Perak (629), Pulau Pinang (623), Kedah (556), Pahang (511), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (214), Melaka (200) dan Negeri Sembilan (191),’’ ujarnya.
Tambahnya, tiga negeri mencatatkan kes positif bawah 100 termasuk Perlis dengan 42 kes, Wilayah Persekutuan Putrajaya (18) dan Wilayah Persekutuan Labuan dengan lapan kes.
"Daripada 9,380 kes harian yang dilaporkan pada hari ini 181 kes (1.9 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan 9,199 kes (98.1 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2," katanya dalam kenyataan media hari ini.
Daripada keseluruhan kes baharu itu, 13 kes import dilaporkan dengan lapan merupakan warganegara dan lima bukan warganegara.
9,367 kes merupakan kes tempatan dengan 8,755 adalah warganegara dan 612 bukan warganegara.
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula adalah 851 kes dengan 447 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Dr Noor Hisham turut memaklumkan 13,045 kes sembuh dilaporkan hari ini.
Astro Awani
Wed Oct 06 2021
Tiga negeri mencatatkan kes positif bawah 100 termasuk Perlis dengan 42 kes, Wilayah Persekutuan Putrajaya (18) dan Wilayah Persekutuan Labuan dengan lapan kes. - Gambar fail
'Ayah letak tugas, kerjaya nombor satu' - Anak Tun Hanif
Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar meletakkan kerjaya yang melibatkan keselamatan rakyat serta negara sebagai perkara paling utama ketika hayatnya.
KPN ucap takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Razarudin mewakili keluarga Sang Saka Biru mengucapkan takziah kepada keluarga bekas KPN Tun Mohammed Hanif Omar.
Sofia Jane raih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Secara keseluruhan naskhah arahan Badrul Hisham Ismail itu juga berjaya merangkul Anugerah Most Original Film.
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara paling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
AWANI Ringkas: PM di Sabah, lawatan kerja sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kes baharu COVID-19 turun 14.5 peratus minggu lepas - Dr Noor Hisham
Bilangan kes baharu COVID-19 menurun sebanyak 14.5 peratus kepada 22,822 kes pada Minggu Epidemiologi ke-33 (ME 33/2022) dari 14 hingga 20 Ogos.
COVID-19: 9,380 kes baharu, Sarawak kekal tertinggi
Sejumlah 9,380 kes positif COVID-19 dilaporkan di seluruh negara hari ini menjadikan jumlah kumulatif kepada 2,303,837 kes.
Pelabur AS terus kekal melabur di Malaysia - Duta Besar AS
Pelabur dari Amerika Syarikat akan kekal komited untuk melakukan pelaburan di Malaysia di sebalik ketidaktentuan politik yang berlaku sejak awal Ogos lalu.
Total lockdown bukan penyelesaian, patuh SOP dan tingkatkan kadar vaksinasi - Masidi
Pelaksanaan total lockdown bukan satu penyelesaian kepada masalah jangkitan COVID-19 yang terus meningkat.