awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Di mana Nurul Nazla?
Kerjasama strategik JTDC-Alibaba lahir pakar reka bentuk AI Johor
Lelaki miliki 17 rekod jenayah ditahan terlibat cubaan curi kabel
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 9 kematian baharu direkodkan

Astro Awani
Astro Awani
18/01/2022
22:53 MYT
COVID-19: 9 kematian baharu direkodkan
Seramai 3,994 orang ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC). - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan sembilan kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini sebanyak 31,818 orang, daripada 2.8 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, tiada kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).
Untuk rekod, kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.
Ini berikutan proses pengesahan sama ada pesakit COVID-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.
Sementara itu, terdapat 40,761 kes aktif COVID-19 di seluruh negara.
Daripada jumlah itu, 33,809 individu atau 82.9 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.
Seramai 3,994 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).
Sebanyak 2,775 kes dirawat di hospital dan 183 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).
Kes ICU membabitkan 99 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 84 lagi memerlukan mesin ventilator.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#kes kematian
#COVIDNOW
#PKRC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan