KUALA LUMPUR: Sejumlah sembilan kluster baharu COVID-19 dilaporkan pada Sabtu melibatkan enam negeri.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata enam daripadanya merupakan kluster tempat kerja dan baki tiga lagi kategori kluster komuniti.

Di Selangor, terdapat dua kluster baharu iaitu Industri Jalan Kebun dan Kampung Kelanang.

Sementara di Sarawak merekodkan dua kluster baharu iaitu Pujut Satu dan Jalan Kapitan.

Johor turut merekodkan dua kluster baharu iaitu Jalan Kempas Satu dan Jalan Padu Industri.

Tiga lagi negeri merekodkan satu kluster baharu iaitu Bandar Baru Kubang Kerian di Kelantan; Jalan Tun Ismail di Kuala Lumpur, dan Kampung Tanjung di Terengganu.

Berikut perincian bagi setiap kluster:-
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Klang dan Petaling di Selangor. Kluster ini dikenalpasti hasil saringan bersasar di tempat kerja yang melibatkan pekerja-pekerja industri yang terletak di Techno Industrial Park, Klang pada 7 April 2021. Sehingga 10 April 2021, sejumlah 111 individu telah disaring, di mana 35 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Miri di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-342522) dilaporkan positif COVID-19 pada 29 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes berlaku iaitu di Jalan Pujut 1, Miri. Sehingga 10 April 2021, sejumlah 116 individu telah disaring, di mana 24 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Tumpat, Bachok, dan Kota Bharu di Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-354429) dilaporkan positif COVID-19 pada 7 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah institusi kewangan yang terletak di Bandar Baru, Kubang Kerian, Kota Bharu dan kontak rapat kepada kes-kes positif COVID-19 dalam kluster ini. Sehingga 10 April 2021, sejumlah 344 individu telah disaring, di mana 34 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kepong, Titiwangsa, dan Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta daerah Petaling di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-347341) dilaporkan positif COVID-19 pada 2 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kakitangan sebuah perkhidmatan awam yang beralamat di Jalan Tun Ismail, Chow Kit, Kepong serta kontak rapat kepada kes-kes positif COVID-19 dalam kluster ini. Sehingga 10 April 2021, sejumlah 32 individu telah disaring, di mana 15 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Muar di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 10 April 2021 hasil saringan bersasar di tempat kerja melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang perabut yang terletak di Jalan Kempas 1, Bukit Bakri, Muar. Sehingga 10 April 2021, sejumlah 279 individu telah disaring, di mana 8 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-355043) dilaporkan positif COVID-19 pada 8 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Padu, Kawasan Perindustrian, Johor Bahru. Sehingga 10 April 2021, sejumlah 270 individu telah disaring, di mana 15 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kuala Langat di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-352083) dilaporkan positif COVID-19 pada 6 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes berlaku iaitu di Kampung Kelanang, Banting. Sehingga 10 April 2021, sejumlah 33 individu telah disaring, di mana 12 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Marudi di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-343576) dilaporkan positif COVID-19 pada 30 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes berlaku iaitu di Jalan Kapitan, Marudi, Miri. Sehingga 10 April 2021, sejumlah 182 individu telah disaring, di mana 22 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kuala Nerus dan Dungun di Terengganu serta daerah Pasir Puteh di Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-353318) dilaporkan positif COVID-19 pada 6 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu Kampung Tanjung, Batu Rakit, Kuala Nerus. Sehingga 10 April 2021, sejumlah 273  individu telah disaring, di mana 13 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.