PUTRAJAYA:Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 958 kes jangkitan baharu COVID-19 direkodkan sepanjang 24 jam lalu.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, daripada jumlah berkenaan, tiga negeri mencatatkan kes jangkitan harian tertinggi.
Ketiga-tiga negeri itu ialah Sabah yang merekodkan 512 kes sementara Selangor dan Negeri Sembilan masing-masing mencatatkan 153 kes baharu.
Dr Noor Hisham berkata, KKM juga mengesan lima kes import dari luar negara selain tiga kematian baharu akibat COVID-19 direkodkan.
"Pelaporan kes positif COVID-19 yang tinggi di Sabah berpunca daripada pertambahan kes bagi kluster-kluster terutamanya Kluster Sabaru (149 kes) dan peningkatan pengesanan kes dalam kalangan saringan kontak rapat (196 kes).
"Negeri Selangor dan Negeri Sembilan pula mencatatkan jumlah kes yang tinggi pada hari ini disebabkan oleh pertambahan kes dalam kluster-kluster sedia ada dan juga kluster baharu.
"Selain itu, daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat lima kes import manakala 953 kes adalah merupakan penularan dalam negara," katanya dalam sidang media di sini pada Jumaat.
Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah sebanyak 13,221 kes.
Sementara itu, beliau berkata, sebanyak lima kluster baharu dikesan membabitkan penularan jangkitan COVID-19.
"Lima kluster berkenaan iaitu Kluster Kasir, Kluster Sri Jujur, Kluster OAD, Kluster Enggor dan Kluster Makmur.
"Pertambahan kluster itu menjadikan sebanyak 324 dilaporkan setakat hari ini dan daripada jumlah itu, 167 kluster masih dalam kategor aktif," jelasnya.
Ikuti perkembangan terkini COVID-19 di sini
Astro Awani
Fri Nov 20 2020

Sabah merekodkan 512 jangkitan sementara Selangor dan Negeri Sembilan masing-masing mencatatkan 153 kes baharu, kata Dr Noor Hisham Abdullah. - Gambar fail

PKP 2.0, darurat, tempoh sesuai negara perangi rasuah - Hussamuddin
Rakyat Malaysia kini kebanyakan mempunyai ukuran yang tidak sepatutnya apabila disoal berkaitan halal dan haram.

AWANI Ringkas: PKP penuh? Tunggu pengumuman | 11 kematian dua hari berturut-turut
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Tidak cukup dalami ilmu agama punca rasuah berleluasa - Hussamuddin
Ramai orang Islam tidak memahami konteks ajaran agama Islam sehingga sanggup melibatkan diri dengan gejala rasuah.

Gerakan banteras rasuah, gerakan semua pihak
Jelas Datuk Hussamuddin Yaacub, gerakan perangi rasuah itu perlu bermula daripada akar umbi sendiri dan digerakkan antara rakyat sesama rakyat.

PKP 2.0, darurat, tempoh sesuai negara perangi rasuah
Negara yang kini berada dalam tempoh situasi pandemik COVID-19, pelaksanaan darurat dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah masa sesuai bagi perangi rasuah.

Tidak mendalami ilmu agama, punca rasuah berleluasa
Bagi pandangan Datuk Hussamuddin Yaacub, umat islam seeloknya cuba memahami Al-Quran kerana beliau melihat mereka yang memberi dan menerima rasuah tidak tahu bahawa perbuatan itu haram dan mendapat kemurkaan Allah S.W.T.

Patuh Rukun Negara, tolak rasuah - Hussamuddin Yaacub
Jelas Datuk Hussamuddin Yaacub, keruntuhan sesebuah negara itu apabila tidak lagi menganggap perbuatan rasuah sebagai gejala tidak sihat dan merosakkan rakyat dan negara.
![AWANI 7:45 [26/01/2021]: Kaji laksana semula PKPB | Cop perakuan warga asing AWANI 7:45 [26/01/2021]: Kaji laksana semula PKPB | Cop perakuan warga asing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/42089344271611665735128/1887299_27524278981611666371228_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [26/01/2021]: Kaji laksana semula PKPB | Cop perakuan warga asing
Saksikan #AWANI745 untuk mendapatkan berita terkini dalam dan luar negara bersama penyampai Dzulfitri Yusof dan Jasmine Abu Bakar. Fokus #AWANI745: - Total lockdown? Kerajaan belum bercadang laksanakannya. - Jumlah kes kematian akibat COVID-19 negara cecah 700 kes. - Exco Kerajaan Negeri Perak sekali lagi tegaskan, Air Terjun Tanjung Batu tidak musnah. #Darurat #HapusCOVID19 #PolitikMalaysia
![[INFOGRAFIK] Empat mitos mengenai rasuah [INFOGRAFIK] Empat mitos mengenai rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/21825816771611665735136/1887298_8967789641611666159740_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Empat mitos mengenai rasuah
![[INFOGRAFIK] Permintaan hartanah sekunder 2020 [INFOGRAFIK] Permintaan hartanah sekunder 2020](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/29161632931611665735122/1887297_8967789641611666089691_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Permintaan hartanah sekunder 2020

PKP 2.0: Tiada dwistandard, pejabat kementerian tidak boleh adakan mesyuarat bersemuka
Tidak ada mana-mana pihak termasuk kementerian yang terkecuali daripada larangan mengadakan mesyuarat bersemuka ketika pelaksanaan PKP.

WEF: Gelembung perjalanan jadi pemudah cara perniagaan, ekonomi
Diskusi yang dikendalikan Ketua Pengarang Astro AWANI, Kamarul Bahrin Haron itu menampilkan empat usahawan terkemuka dalam pelbagai industri dari rantau berbeza.

PM Itali serah surat peletakan jawatan dalam usaha bentuk gabungan baharu
Pentadbiran Conte mula goyah selepas Bekas Perdana Menteri Matteo Renzi menarik sokongan terhadap partinya, Italia Viva pada 14 Januari lalu.

Malaysia bakal peroleh vaksin buatan China, Rusia
KKM hari ini menandatangani dokumen Terms Sheet dengan dua syarikat pembekal vaksin untuk perolehan 18.4 juta dos vaksin.

COVID-19: Hospital awam, swasta diletak di bawah pengoperasian hibrid - KP Kesihatan
Hospital Kluster itu akan beroperasi untuk merawat pesakit COVID-19 dan bukan COVID-19 mengikut arahan yang akan dikeluarkan KKM.

Kesan pandemik COVID-19 antara isu dalam mesyuarat pertama MKB - PM
Kesan besar COVID-19 terhadap ekonomi negara yang turut melibatkan Bumiputera merupakan antara perkara yang dibangkitkan dalam mesyuarat MKB.

COVID-19: KKM kenal pasti tujuh lagi kluster baharu
Kesemua kluster terdiri daripada tiga kluster tempat kerja, dua kluster komuniti, satu kluster keagamaan dan satu kluster pusat tahanan.

Selangor tawar 10,000 peluang pekerjaan menerusi Inisiatif Selangor Kerjaya
Inisiatif kerajaan Selangor ini dicetuskan bagi menangani isu penawaran pekerjaan pasca pandemik COVID-19.

PKP: 482 ditahan ingkar SOP - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, daripada jumlah itu, seramai 444 individu dikompaun manakala 38 lagi direman.

COVID-19: 3,585 jangkitan baharu hari ini, 700 kematian dalam tempoh setahun
Malaysia merekodkan 11 kematian baharu dua hari berturut-turut menjadikan jumlah korban akibat COVID-19 ialah 700 kes.