awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vaksinasi COVID-19: Mahkamah tolak rayuan guru, staf UM
Cadangan had tempoh PM tidak rugikan negara - AMK
51 kereta musnah dalam kebakaran bengkel di Sungai Buloh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 98 kematian dan 9,020 kes baharu, tertinggi pernah direkodkan

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
29/05/2021
10:57 MYT
COVID-19: 98 kematian dan 9,020 kes baharu, tertinggi pernah direkodkan
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata Selangor merekodkan kes tertinggi iaitu 2,836 kes. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kes kematian harian akibat COVID-19 melonjak kepada 98 kes dalam tempoh 24 jam yang lalu, tertinggi sejak virus itu dikesan di negara ini tahun lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kemas kini data harian COVID-19 memaklumkan, kumulatif kematian di negara ini adalah 2,650 kes.
Pada masa sama, Malaysia sekali lagi merekodkan kes harian COVID-19 tertinggi apabila 9,020 kes baharu direkodkan hari ini.
Selangor merekodkan kes tertinggi iaitu 2,836 kes, diikuti Kelantan (907), Negeri Sembilan (898) dan Kuala Lumpur (789).
Status Terkini #COVID19, 29 Mei 2021 Kes sembuh= 5,527 Jumlah kes sembuh= 479,666 Kes baharu positif= 9,020 (9,015 tempatan, 5 import) Jumlah positif= 558,534 Kes kematian= 98 Jumlah kes kematian= 2,650 Kes dirawat di ICU= 844 Bantuan alat pernafasan= 430 pic.twitter.com/mF4n5BtA7p
— KKMalaysia (@KKMPutrajaya) May 29, 2021
Ia menjadikan kes aktif ketika ini adalah 76,218 kes.
Sementara itu, jumlah kes sembuh hari ini adalah 5,527 kes dengan jumlah kes sembuh ketika ini adalah 479,666 kes.
Jumlah kes yang kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) adalah 844 kes dengan 430 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.
Berikut merupakan pecahan kes baharu dan kumulatif setiap negeri:
Selangor - 2,836 (182,338) Kelantan - 907 (26,481) Negeri Sembilan - 898 (25,584) WPKL - 789 (57,651) Sarawak - 726 (46,162) Johor - 468 (57,461) Kedah - 468 (18,023) Pulau Pinang - 345 (28,050) Melaka - 340 (11,532) Perak - 272 (20,167) Sabah - 265 (61,847) WP Labuan - 253 (3,423) Pahang - 216 (9,119) Terengganu - 189 (8,353) WP Putrajaya - 29 (1,851) Perlis - 19 (492)
Sumber Facebook DGHisham
Topic Berkaitan
#Dr Noor Hisham Abdullah
#COVID-19
#Kes baharu COVID-19
#peningkatan kes
#lonjakan kes
#lonjakan kes COVID19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan