awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China perketat peraturan e-dagang penstriman langsung, platform perdagangan dalam talian
Skandal FAM: 'Perlu tahu pasukan mana juara kumpulan agar masuk balang undian ...' - Windsor
Lelaki tempatan maut ditembak di Klang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Agong titah solat hajat dan doa selamat di masjid seluruh negara

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
16/10/2020
03:59 MYT
COVID-19: Agong titah solat hajat dan doa selamat di masjid seluruh negara
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan agar kesemua masjid di seluruh negara mengadakan solat hajat dan doa selamat kekang penularan COVID-19. - Bernama
KUALA LUMPUR:Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan agar kesemua masjid di seluruh negara mengadakan solat hajat dan doa selamat memohon ihsan Allah SWT agar penularan wabak COVID-19 dapat dibanteras dengan berkesan dan segera.
Dalam satu kenyataan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, titah baginda itu susulan penguatkuasaan semula Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh Sabah, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
“Ini termasuk kewujudan beberapa kluster baharu di Kedah, Perak, Negeri Sembilan dan Labuan,” katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.
Lantaran itu, Ahmad Fadil berkata, Baginda menasihati seluruh rakyat untuk terus memainkan peranan masing-masing dan berdisiplin mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan tatacara amalan kelaziman baharu.
“Ini bagi membantu pihak berkuasa memerangi penularan COVID-19 demi keselamatan diri dan kesejahteraan negara serta rakyat sentiasa terjamin,” ujarnya.
Pada Rabu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan jumlah kes baharu COVID-19 di negara sebanyak 589 kes dengan jumlah keseluruhan sebanyak 18,129 kes.
Manakala angka kematian mencecah 170 kes dengan pertambahan tiga kematian.
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#SOP
#KKM
#Kedah
#Kuala Lumpur
#Putrajaya
#Negeri Sembilan
#Kementerian Kesihatan
#keselamatan
#rakyat
#COVID-19
#PKPB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan