awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Prabowo: Indonesia akan rampas lebih banyak tanah sawit haram tahun ini
China rekod penurunan 12.8 peratus kes jenayah, selesai 258,000 penipuan dalam talian pada 2025
Penubuhan HLSCC angkat hubungan Malaysia-Turkiye ke peringkat tertinggi - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Skandal FAM: 'Perlu tahu pasukan mana juara kumpulan agar masuk balang undian ...' - Windsor

Astro Arena
Astro Arena
07/01/2026
12:08 MYT
Skandal FAM: 'Perlu tahu pasukan mana juara kumpulan agar masuk balang undian ...' - Windsor
Buat masa ini, apa yang perlu dielakkan ialah pertukaran tidak berlaku selepas undian dibuat dan keputusan CAS diketahui, kata Windsor. - Foto Stadium Astro
KETIKA pencinta bola sepak tanah air dalam situasi menunggu apakah nasib yang akan menimpa pasukan kebangsaan, begitu juga, Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).
Keperluan untuk menetapkan siapa juara Kumpulan F, Kelayakan Piala Asia 2027 menjadi modus operandi utama AFC yang menegaskan tidak mahu buat kerja dua kali merujuk kepada persediaan undian di Piala Asia nanti.
Justeru, penting buat mereka mendapatkan keputusan penuh daripada Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) yang dijangkakan bakal berlaku pada bulan ini.
Situasi menjadi rumit apabila Malaysia terkait dengan isu mengubah dokumentasi melibatkan tujuh pemain warisan Harimau Malaya.
Undian AFC untuk saingan Piala Asia 2027 bakal berlangsung 11 April 2026 di Arab Saudi, dan memerlukan persediaan awal merujuk kepada beberapa aspek tertentu.
"Jadi untuk persiapan kami harus mengetahui pasukan mana yang akan menjadi juara peringkat kumpulan supaya nama mereka dapat dimasukkan dalam balang undian," menurut Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Datuk Seri Windsor Paul John
Buat masa ini, apa yang perlu dielakkan ialah pertukaran tidak berlaku selepas undian dibuat dan keputusan CAS diketahui, kata Windsor.
"Kami mahu semua nama pasukan adalah jelas, terutamannya dalam kumpulan yang ada Vietnam, Malaysia, Laos dan Nepal," tambahnya.
Sama ada usaha FAM mampu menongkah arus mahupun sebaliknya, tiada jawapan tepat mampu diberikan AFC.
Namun, jika merujuk kepada kes lampau, ada juga perayu menerima hukuman lebih berat berbanding keputusan yang diperoleh dalam peringkat Jawatankuasa Rayuan FIFA.
Malah, FAM sendiri tidak berkongsikan kepada umum, rayuan yang dibawa ke CAS atas dasar apa sekali gus menjadikan isu yang dibawa ke CAS itu kekal sebagai tanda tanya daripada aspek butirannya.
"Saya rasa dalam konteks kes FAM ini kami harus mengetahui apakah yang telah dirayu oleh FAM, adakah daripada segi penggunaan Artikel 22, tempoh pemain dihukum, itu menjadi faktor dalam CAS membuat keputusan nanti." tambahnya.
Topic Berkaitan
#Konfederasi Bola Sepak Asia
#FIFA
#Kelayakan Piala Asia 2027
#Windsor Paul John
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan