awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Letupan masjid di Nigeria ragut tujuh nyawa
Sean ‘Diddy’ Combs fail rayuan mohon dibebaskan segera dari penjara
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Aplikasi pengesanan kontak tidak rakam lokasi individu - Khairy

Bernama
Bernama
14/04/2020
20:17 MYT
COVID-19: Aplikasi pengesanan kontak tidak rakam lokasi individu - Khairy
Pada 26 Mac, Khairy berkata Malaysia sedang menyediakan aplikasi telefon pintar yang boleh mengesan pergerakan individu untuk mengekang penularan COVID-19. - Gambar fail
Maklumat lokasi dalam aplikasi telefon pintar yang membuat pengesanan kontak individu bagi mengekang penularan wabak COVID-19 di Malaysia tidak dirakam, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata ia bagi menjaga privasi pengguna.
Menerusi ciapan di Twitter rasminya hari ini, Khairy berkata aplikasi itu akan dihantar kepada iOS dan Stor Aplikasi Android dalam tempoh beberapa hari.
"Tangkap layar aplikasi (beta) pengesanan kontak Malaysia. Akan dihantar kepada iOS dan stor aplikasi Android dalam beberapa hari.
"Ini akan membantu mengesan kontak rapat terutama apabila PKP dilonggarkan," menurut ciapan yang turut disertai tangkap layar aplikasi (versi beta) itu.
Pada 26 Mac, Khairy berkata Malaysia sedang menyediakan aplikasi telefon pintar yang boleh mengesan pergerakan individu untuk mengekang penularan COVID-19.
Beliau berkata aplikasi serupa telah dilancarkan Singapura, yang dirujuk sebagai antara negara yang berjaya membuat pengesanan wabak itu menerusi pengesanan kontak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Android
#aplikasi
#COVID-19
#iOS
#Khairy Jamaluddin
#kontak
#lokasi
#maklumat
#MOSTI
#PKP
#privasi
#Sains Teknologi dan Inovasi
#tangkap layar
#telefon pintar
#wabak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan