KUALA LUMPUR: ASEAN dan Amerika Syarikat (AS) perlu menumpukan usaha untuk memacu semula ekonomi dan memulihkan kerosakan disebabkan COVID-19, kata Menteri Kanan Luar Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Berucap pada Mesyuarat Menteri Luar ASEAN-AS yang diadakan secara maya pada Rabu, Hishammuddin berkata kedua-dua pihak mesti menggunakan peluang yang ada untuk mengukuhkan lagi kerjasama, ketika ini dagangan dua hala AS dan negara ASEAN berjumlah lebih US$260 bilion.
"Malaysia juga satu daripada lima pembekal import negara ASEAN untuk AS dengan nilai US$39.4 bilion. Ia satu angka yang besar dan penting bagi kedua-dua pihak terus komited memelihara dan mengekalkan keterhubungan dan keterbukaan rantaian bekalan ini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Mesyuarat itu turut disertai Setiausaha Negara AS Antony Blinken.
Hishammuddin berkata, ASEAN-AS perlu menyedari hakikat bahawa jutaan nyawa bergantung kepada dagangan tanpa halangan dan kedua-dua pihak perlu bekerjasama erat untuk mengenal pasti serta mengatasi sebarang gangguan perdagangan, terutama yang merumitkan aliran keperluan.
Malaysia juga berharap AS menyokong usaha ASEAN menangani masalah kesihatan mental yang menjadi fokus utama dalam mengatasi kesan sosioekonomi akibat pandemik.
Hishammuddin menyatakan sebagai negara penyelaras, Malaysia bekerjasama rapat dengan Australia dan Brunei Darussalam selaku Pengerusi ASEAN 2021 dalam hal itu, yang menjadi keutamaan kepimpinan Brunei tahun ini.
"Kami telah menyuarakan kesediaan menjadi penaja bersama Pernyataan Pemimpin mengenai Kesihatan Mental pada Sidang Kemuncak Asia Timur ke-16 dan berharap AS menyokong pernyataan itu," tambahnya.
Ujarnya ASEAN dan AS juga boleh mengeratkan lagi kerjasama dalam bidang lain termasuk keselamatan siber, pembangunan digital dan jenayah rentas sempadan.
Di pihak Kementerian Luar Malaysia dalam menangani kebimbangan dicetuskan pandemik COVID-19, Hishammuddin berkata kementeriannya sedang meneliti empat faktor; Amalan terbaik 'pemutus litar' dari negara lain untuk membantu memberi nasihat kepada pihak berkuasa kesihatan, kedua mendapatkan kepakaran dan kemampuan ujian untuk mengukuhkan lagi infrastruktur ujian sedia ada, dan ketiga memanfaatkan hubungan dengan rakan pengeluar dan/atau pengeksport vaksin bagi meningkatkan bekalan vaksin.
"Keempat, tidak kurang pentingnya adalah pengiktirafan bersama sijil vaksinasi untuk memudahkan perjalanan rentas sempadan pada masa akan datang," tambah Hishammuddin.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 14 2021
Hishammuddin ketika berucap pada Mesyuarat Menteri Luar ASEAN-AS yang diadakan secara maya hari ini. - Facebook Hishammuddin Hussein
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
UMNO sedia buka ruang kepada ahli digantung - Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sedia membuka kembali ruang terhadap bekas pimpinan UMNO yang sebelum ini berdepan dengan tindakan pemecatan.
Isu kewarganegaraan: "Jangan samakan saya dengan Hishammuddin" - Saifuddin
Kementerian Dalam Negeri memberi jaminan bahawa permohonan kewarganegaraan hanya akan mengambil masa setahun apabila pindaan Perlembagaan diluluskan di Parlimen kelak.
Pemergian Abdul Taib kehilangan besar buat Sarawak - Hishammuddin
Hishammuddin sekeluarga berdukacita terima berita pemergian Abdul Taib ke rahmatullah pagi ini.
'Menteri-menteri pun kelihatan tidak minat dengan Belanjawan 2024' - Hishammuddin
Adalah tidak mencukupi andai menteri hanya bersandarkan kenyataan melalui sidang media atau di media sosial.
Pertahan hak Israel umpama satu penghinaan - Hishammuddin
Rakyat Palestin telah menderita lebih 50 tahun kerana dijajah oleh zionis.
'Sekarang baru dapat masa healing' - Hishammuddin
Selepas 30 tahun aktif berpolitik, baru kini bekas Naib Presiden UMNO berpeluang menenangkan diri sendiri.
PRN: Hishammuddin idola calon PN Harrison Hassan
Calon PN bagi DUN Jeram menjadikan Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai idola dalam gelanggang politik.
Hishammuddin persoal keikhlasan Zahid terima semula ahli UMNO dipecat, digantung
Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mempersoalkan keikhlasan pelawaan UMNO untuk menerima kembali mana-mana ahlinya yang dikenakan tindakan disiplin.
Masuk Bersatu? Khairy jumpa Muhyiddin minggu depan
Khairy berkata demikian dalam podcast 'Keluar Sekejap bersama Shahril Hamdan', yang disiarkan pada Jumaat.
Gambar Hishammuddin peluk Noh curi perhatian
Perkongsian gambar oleh bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersama sahabat baiknya, Tan Sri Noh Omar mencuri perhatian netizen.