awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai Imigresen AS diserang di Minneapolis - Vance
Bursa Malaysia melonjak 1.4 peratus, cecah paras tertinggi baharu sejak pertengahan Okt 2018
Tiada pertindihan aplikasi dalam pelepasan melalui autogate kod QR - KP Imigresen
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TIV sektor automotif susut 22 peratus pada September 2025 - MAA

Bernama
Bernama
21/10/2025
20:45 MYT
TIV sektor automotif susut 22 peratus pada September 2025 - MAA
MAA berkata jualan kenderaan pada Oktober 2025 dijangka lebih baik berbanding September, disokong oleh impak pengumuman Belanjawan 2026 mengenai pengecualian cukai yang tidak dilanjutkan untuk BEV model CBU. - Gambar hiasan/pexels.com
KUALA LUMPUR: Jumlah jualan keseluruhan industri (TIV) sektor automotif Malaysia susut 22 peratus kepada 58,490 unit pada September daripada 74,479 unit pada Ogos, menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA).
Dalam kenyataan pada Selasa, MAA berkata, TIV menyusut berikutan tempoh hari bekerja yang lebih rendah pada September 2025 susulan beberapa cuti umum serta pendekatan "tunggu dan lihat" dalam kalangan pembeli menjelang pengumuman Belanjawan Negara 2026, termasuk perincian mengenai rasionalisasi subsidi petrol.
Menurut MAA, TIV setakat ini berkurangan tiga peratus kepada 579,336 unit berbanding 595,883 unit dalam tempoh yang sama pada 2024.
Pada asas tahun ke tahun, TIV September 2025 meningkat 0.2 peratus kepada 58,490 unit berbanding 58,351 unit pada September tahun lepas yang melibatkan 53,352 kenderaan penumpang dan 5,138 kenderaan komersial.
Dari segi pengeluaran, sebanyak 58,413 unit dikeluarkan pada September 2025 berbanding 55,383 unit pada tahun sebelumnya, yang terdiri daripada 54,738 kenderaan penumpang dan 3,675 kenderaan komersial.
Pada masa akan datang, MAA berkata jualan kenderaan pada Oktober 2025 dijangka lebih baik berbanding September, disokong oleh impak pengumuman Belanjawan 2026 mengenai pengecualian cukai yang tidak dilanjutkan untuk kenderaan elektrik bateri (BEV) model import penuh (CBU).
Menurutnya, pengecualian cukai itu dijangka memacu permintaan BEV sehingga akhir tahun ini.
MAA juga menjangkakan jualan pada Oktober akan terus meningkat berikutan kempen promosi akhir tahun.
-- BERNAMA
Kalkulator Belanjawan 2026 - Ketahui Apa Manfaat Anda di sini!
Topic Berkaitan
#MAA
#model import penuh
#kempen promosi
#Belanjawan 2026
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan