awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Negara harus diselamatkan daripada ancaman fahaman perpecahan - PM Anwar
PLUS–RELA ganding bahu lancarkan trafik musim perayaan
AI.com milik rakyat Malaysia dijual AS$70 juta: Ini 5 perkara menarik!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19 beri kesan pada plasenta - Kajian

Agensi
Agensi
24/05/2020
02:00 MYT
COVID-19 beri kesan pada plasenta - Kajian
Pemeriksaan patologi yang dijalankan selepas kelahiran mendapati aliran darah tidak mencukupi daripada ibu kepada janin dan pembekuan darah di plasenta. -Gambar fail
SATU kajian terhadap 16 wanita hamil yang didapati positif COVID-19 menemukan bukti terdapat kesan pada plasenta (uri), organ yang berfungsi sebagai usus, ginjal, hati dan paru-paru untuk janin semasa dalam tempoh kehamilan.
Pemeriksaan patologi yang dijalankan selepas kelahiran mendapati aliran darah tidak mencukupi daripada ibu kepada janin dan pembekuan darah di plasenta, lapor CNN.
Ia mungkin mengganggu peranan plasenta dalam menyalurkan oksigen dan nutrien daripada aliran darah ibu ke bayi yang sedang membesar dan membuang bahan buangan dari darah bayi.
"Bukan mahu menakutkan, tetapi penemuan ini membimbangkan saya," kata Pakar Obstetrik Perubatan Northwestern, Dr Emily Miller.
Miller merupakan salah seorang penulis kajian terbaharu yang diterbitkan dalam American Journal of Clinical Pathology.
Walaupun kajian itu hanya membabitkan 16 wanita, Miller memaklumkan ia merupakan kajian kesihatan berkaitan plasenta paling signifikan terhadap wanita yang didapati positif COVID-19 setakat ini.
"Saya tidak mahu membuat kesimpulan dari satu kajian kecil, tetapi gambaran awal mengenai impak virus ini boleh membawa implikasi yang cukup besar dalam bidang perubatan dan penjagaan kesihatan wanita hamil," ujarnya yang merupakan Penolong Profesor Obstetrik dan Ginekologi di Northwestern University Feinberg School of Medicine.
"Kita mesti membincangkan sama ada kita harus mengubah cara kita memantau kesihatan wanita hamil sekarang," kata Miller.
Topic Berkaitan
#bayi
#COVID-19
#hamil
#janin
#kehamilan
#perubatan
#plasenta
#uri
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan