JOHOR BAHRU:Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor juga tidak terkecuali dan terjejas dengan pandemik apabila lapan anggotanya disahkan positif COVID-19 manakala 176 anggota menjalani perintah kuarantin sehingga 31 Jan lepas.
Pengarah JBPM Negeri Johor Datuk Yahaya Madis berkata sebanyak empat balai bomba di negeri Johor turut terjejas dan anggota terpaksa dijajarkan ke balai bomba berhampiran.
"Bantuan dari balai bomba berhampiran digerakkan bagi memastikan balai bomba dan penyelamat berkenaan boleh beroperasi untuk kepentingan rakyat," kata beliau dalam Ucapan Perutusan Awal Tahun 2021 yang disiarkan menerusi FB JBPM Johor hari ini.
Selain itu, beliau berkata JBPM Johor telah direkodkan sebagai negeri kedua tertinggi dalam melaksanakan operasi sanitasi awam di Malaysia selepas Sabah.
"JBPM Johor telah merekodkan sebanyak 2,552 operasi sanitasi membabitkan 1,015 bangunan kerajaan, 214 rumah ibadat, 541 tempat awam dan 782 lain-lain lokaliti seperti yang dipohon oleh pusat kesihatan daerah dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah dan juga negeri," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 10 2021

Pengarah JBPM Negeri Johor Datuk Yahaya Madis berkata sebanyak empat balai bomba di negeri Johor turut terjejas dan anggota terpaksa dijajarkan ke balai bomba berhampiran. - Foto BERNAMA

Runtuhan Lombong | Lima masih hilang, operasi pencarian diteruskan
Beberapa individu tertimbus dalam runtuhan di sebuah lombong haram di Kepulauan Sulawesi, Indonesia pada Khamis. Dalam kejadian yang berlaku di daerah Parigi Moutong di Sulawesi Tengah, 15 individu berjaya diselamatkan. Tiga bagaimanapun menemui ajal.

Bakat Luar Biasa | Harimau menyanyi jadi tarikan orang ramai di zoo
Seekor anak harimau di sebuah zoo di bandar Barnaul, Siberia kini mempunyai peminat di seluruh rusia apabila sebuah video seolah-olah haiwan itu menyanyi tersebar di media sosial. Menerusi paparan video itu, harimau berusia 10 bulan itu mengeluarkan alunan suara unik seakan-akan menyanyi.

Individu ingkar SOP COVID-19 berdepan denda RM10,000 mulai 11 Mac 2021
Individu yang melanggar peraturan atau prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi pencegahan dan kawalan pandemik COVID-19 berdepan hukuman denda maksimum RM10,000 mulai 11 Mac 2021.

No To Lanun | Kehidupan seniman patut lebih senang jika…
Penggiat seni di Malaysia sepatutnya boleh menjalani hidup dengan selesa, malah ramai juga yang mampu bergelar jutawan. Namun perkara itu tidak terjadi kerana hak dan kebajikan mereka tidak dijaga seperti sepatutnya.

Tidak wajar arah pelajar duduki semula peperiksaan - PAGE
Setiausaha Kehormat, Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan Malaysia (PAGE), Tunku Munawirah Putra mengesyorkan agar kesemua 401,105 calon SPM diberi markah lulus dan tiada keperluan untuk menduduki semula kertas peperiksaan tersebut.

Barisan Nasional | MIC akan bincang kerjasama Bersatu dengan BN
MIC akan berbincang dengan kepimpinan Barisan Nasional (BN) sama ada akan mempertahan atau menamatkan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Kebakaran Hutan | Kawasan hutan ke Cameron Highlands terbakar
Lebih 12 hektar kawasan hutan di jalan Simpang Pulai - Cameron Highlands dekat Kampung Chindu terbakar pada petang Khamis. Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 5 petang.

Vaksin COVID-19 | Tiada kesan sampingan setakat ini - PM
Memasuki hari kedua sejak mendapat suntikan vaksin COVID-19, Pfizer-BioNTech pada Rabu lalu. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, memaklumkan keadaannya setakat ini baik-baik sahaja. Malah, tiada kesan sampingan dan membuktikan vaksin yang diterima selamat dan diyakini berkesan.

Selepas 24 jam... "Alhamdulillah, tiada gejala langsung" - Dr Noor Hisham
"Alhamdulillah, tiada gejala langsung," itu respon Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah kepada Astro AWANI selepas 24 jam beliau disuntik vaksin COVID-19. Malah, Ketua Pengarah Kesihatan itu turut akui tidak mengalami sebarang gejala dan boleh melaksanakan tugasnya seperti biasa.

Pekerja Asing | 294 majikan di Kedah gagal sedia penginapan sesuai
Seramai 294 majikan di Kedah dikesan melakukan pelbagai kesalahan melibatkan penyediaan penginapan yang sesuai kepada pekerja dalam operasi taskforce COVID-19. Antara kesalahan yang dilakukan adalah pekerja dipaksa tinggal di ruang sesak dan tidak selesa selain menempatkan pekerja asing berbeza jantina didalam bilik penginapan yang sama.

COVID-19: Bomba Johor terjejas, lapan anggota positif, 176 dikuarantin
Sebanyak empat balai bomba di negeri Johor turut terjejas dan anggota terpaksa dijajarkan ke balai bomba berhampiran.