awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPPP perkasa tadbir urus menerusi Pelan Strategik Pendigitalan 2026-2030
YAPEIM peruntuk RM2.7 juta bagi mangsa banjir 2025
Jabatan Keadilan AS dedah lebih 10,000 fail baharu kes Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Cuepacs sokong saranan KPT tangguh pendaftaran kemasukan pelajar dari zon merah

Isabelle Leong
Isabelle Leong
29/09/2020
04:55 MYT
COVID-19: Cuepacs sokong saranan KPT tangguh pendaftaran kemasukan pelajar dari zon merah
Kata Abdul Rahman, proses pendaftaran dan pembelajaran bagi pelajar berkenaan masih boleh dilaksanakan secara dalam talian. - gambar hiasan
KUALA LUMPUR:Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyokong saranan supaya semua institusi pengajian tinggi (IPT) menangguhkan pendaftaran kemasukan pelajar baharu dan lama secara bersemuka dari kawasan zon merah yang sepatutnya dijadualkan Oktober ini.
Setiausaha Agung Cuepacs merangkap Setiausaha Gabungan Majlis Presiden, Abdul Rahman Mohd Nordin berkata ia kerana kes semasa wabak COVID-19 semakin meningkat setiap hari.
Kata Abdul Rahman, proses pendaftaran dan pembelajaran bagi pelajar berkenaan masih boleh dilaksanakan secara dalam talian.
“Bagi pelajar yang bukan dari kawasan zon merah, mereka masih perlu mendaftar mengikut tarikh yang telah ditetapkan.
“Oleh hal yang demikian juga penangguhan ini penting bagi menjaga kebajikan semua pekerja-pekerja di instisuti pengajian tinggi IPTA daripada dilanda wabak pandemic COVID-19,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Beliau yang juga Setiausaha Kehormat Kesatuan Kakitangan Universiti/IPTA Malaysia (GAKUM) berkata langkah tersebut juga bagi menjaga keselamatan para pekerja di IPT untuk mengekang penularan wabak koronavirus itu.
“Bukan sahaja nyawa pelajar penting namun, nyawa para pekerja juga penting.
“Para pekerja di seluruh institusi pengajian tinggi IPTA ini merupakan nadi penggerak kepada sesebuah institusi itu.
“Jika mereka tidak dijaga, segala pengurusan dan pentadbiran tidak dapat berjalan dengan lancar dan berkesan,” tambahnya.
Pada Ahad lalu, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Noraini Ahmad menyarankan semua IPT supaya menangguhkan pendaftaran kemasukan pelajar baharu dan lama dari kawasan zon merah secara bersemuka di kampus masing-masing yang dijadualkan bermula Oktober ini.
Sebaliknya, beliau berkata proses pendaftaran dan pembelajaran bagi kumpulan pelajar terbabit boleh dilakukan secara dalam talian.
Topic Berkaitan
#IPT
#Institusi Pengajian Tinggi
#tangguh kemasukan
#pandemik
#COVID-19
#pelajar
#penuntut
#ipta
#noraini ahmad
#cuepacs
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan