KUALA LUMPUR:Kerajaan telah melaksanakan pelbagai usaha secara menyeluruh bagi memerangi pandemik COVID-19 di Sabah dan seluruh negara.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah berkata kerajaan sentiasa peka dan memandang serius terhadap situasi di Sabah dan dakwaan pihak tertentu seolah-olah kerajaan mengabaikan rakyat negeri itu ketika berdepan peningkatan kes COVID-19 adalah tidak tepat sama sekali.
"Ia memberi gambaran yang tidak berasas tanpa mengambil kira situasi yang sebenar. Kerajaan mengalu-alukan pandangan serta kritikan, namun kritikan tersebut harus berdasarkan fakta dan kebenaran.
"Saya juga menyeru semua rakyat tanpa mengira latar belakang dan fahaman politik untuk terus berganding bahu dan bekerjasama bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19, seterusnya memulihkan negara demi kesejahteraan rakyat," katanya dalam kenyataan, pada Jumaat.
Menurutnya, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini juga telah meninjau persiapan akhir misi penghantaran barang-barang keperluan kritikal bagi menangani pandemik ke Sabah dan Sarawak oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
"Misi seperti ini merupakan antara langkah dan usaha berterusan kerajaan bagi mengawal penularan kes serta menjaga keselamatan rakyat Sabah.
"Malah, setiap hari, Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) Pengurusan COVID-19 dipengerusikan Perdana Menteri bagi memantau perkembangan terkini dan mengukuhkan tindakan mengawal penularan jangkitan," katanya.
Jelasnya, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh Sabah yang dijadualkan berakhir pada 26 Okt lepas juga dilanjutkan sehingga 9 Nov seiring dengan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang dilaksanakan di beberapa lokaliti zon merah di Sabah.
Tambah Saifuddin, kerajaan juga telah menghantar pasukan tambahan dari pelbagai kategori dan skim perkhidmatan yang meliputi kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta agensi berkaitan untuk membantu situasi di Sabah.
Katanya, pasukan khas Operasi Pematuhan yang melibatkan keanggotaan agensi-agensi kerajaan termasuk ATM, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta pihak berkuasa tempatan (PBT) ditubuhkan bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) PKPB dan PKPD.
"Mereka bukan sahaja menjalankan penguatkuasaan PKPB dan PKPD malah juga memastikan penduduk di kawasan zon merah mendapat bantuan barang keperluan yang mencukupi. Anggota dan aset keselamatan negara juga akan ditambah bagi memperkasakan dan memperketatkan kawalan di Pantai Timur Sabah bagi mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin," katanya.
Jelasnya, pasukan Ops Sanitasi Awam di bawah kawal selia Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah melakukan 1,740 operasi sanitasi yang melibatkan 987 premis di Sabah setakat 29 Okt lepas.
Saifuddin berkata KKM telah meningkatkan kapasiti dan mobilisasi aset serta sumber manusia dalam memastikan sistem kesihatan awam dan perubatan di Sabah terus mampan dalam usaha membendung penularan COVID-19.
"Kini, Sabah mempunyai sembilan hospital yang merawat COVID-19 dan 28 Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) dengan kapasiti keseluruhan katil untuk rawatan pesakit COVID-19 adalah 8,375 dengan kadar penggunaannya sebanyak 47 peratus, manakala kapasiti keseluruhan katil di unit rawatan rapi (ICU) adalah 153 dengan 63 peratus sedang digunakan.
"Kerajaan juga bersetuju untuk melantik 1,899 petugas kesihatan tambahan secara kontrak bagi menangani gelombang ketiga pandemik ini," katanya.
Beliau berkata KKM juga bekerjasama dengan ATM dalam menyediakan hospital medan di Tawau bagi kegunaan pesakit bukan COVID-19 agar lebih banyak katil di Hospital Tawau boleh digunakan untuk pesakit COVID-19.
Katanya, kapasiti ujian makmal 'Reverse Transcription Polymerase Chain Reaction' (RT-PCR) di Sabah telah ditingkatkan dua kali ganda sejak Julai lepas.
"Setiap hari, penghantaran sampel RT-PCR dilakukan ke Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) dengan menggunakan perkhidmatan TUDM dan Pos Laju.
"Manakala sebanyak 100,000 kit ujian RTK Antigen dihantar setiap bulan khususnya ke Sabah bagi membolehkan keputusan ujian dapat diperoleh dengan lebih cepat sejak Oktober lepas," katanya.
--BERNAMA
Bernama
Fri Oct 30 2020
Datuk Saifuddin Abdullah berkata kerajaan sentiasa peka dan memandang serius terhadap situasi di Sabah. - Gambar fail/BERNAMA
[TERKINI] Pelayaran ditangguh lagi, Israel didakwa wujudkan kekacauan
Misi pelayaran Break The Siege Freedom Flotilla To Gaza sekali lagi ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Ariel Henry serah surat letak jawatan selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu.
Freedom Flotilla to Gaza: Pendaftaran kapal misi di negara lain mungkin memakan masa
Belum jelas sama ada FFC akan beli atau mendaftar di negara yang kecil seperti Panama atau Liberia.
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Annuar mahu kementeriannya kini dirujuk sebagai K-KOMM, bukan lagi KKMM
Beliau mahu kementerian itu, bermula pada Khamis, 17 Mac 2022, dikenali sebagai K-KOMM, menggantikan KKMM yang digunakan selama ini.
Tiada lagi kebimbangan DNB monopoli 5G, syarikat telco boleh tingkatkan perkhidmatan - Annuar
Usahasama di antara pihak swasta dan kerajaan dijangka dapat memberi perkhidmatan rangkaian 5G yang lebih murah kepada rakyat di negara ini.
Dewan Rakyat: SKMM buka 20 kertas siasatan terhadap pembekal perkhidmatan mudah alih
Satu kompaun ditawarkan berjumlah RM60,000 manakala satu lagi sedang diproses dengan jumlah sebanyak RM20,000.
KKMM luluskan RM100,000 bagi bantu mangsa banjir pantai timur - Annuar
Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) telah meluluskan peruntukan berjumlah RM100,000 bagi membantu mangsa banjir di Pasir Mas dan Rantau Panjang, kata Menterinya Tan Sri Annuar Musa.
'RIUH EK! bersama unifi' di Ayer Hitam dekatkan seni kreatif dengan Keluarga Malaysia
Aktiviti seni kreatif mampu mengubati jiwa negara yang terkesan dengan pelbagai cabaran berikutan pandemik COVID-19.
KKMM akan bina 618 PoP di Johor tahun ini - Annuar
Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan membina 618 hab rangkaian gentian optik titik kehadiran (PoP) di Johor pada tahun ini, kata menterinya Tan Sri Annuar Musa.
PRN Johor: Penganjur dinasihat sediakan ruang khas sidang media - Annuar
Pihak penganjur khususnya program melibatkan parti politik pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, dinasihat menyediakan ruang khas sidang media.
Annuar Musa umum lepaskan jawatan Presiden KL City FC
Selepas memainkan peranan penting dalam melakar kejayaan Kuala Lumpur (KL) City FC menjuarai Piala Malaysia 2021, Tan Sri Annuar Musa bakal melepaskan jawatan presiden kelab itu.
KKMM sedang teliti kaedah pelaporan audit ukur kualiti capaian Internet - Annuar
Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) sedang meneliti satu kaedah pelaporan audit yang jelas bagi mengukur tahap prestasi kualiti capaian Internet di seluruh negara.
Pengamal media harus mendukung prinsip berita tepat, beretika - Annuar
Pengamal media bertanggungjawab mendukung prinsip pelaporan berita yang tepat dan beretika sepanjang masa sekali gus akan meningkatkan integriti pihak media itu sendiri.