awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
VM2026: LADA rancang 50 acara besar, tonjol tarikan asli Langkawi
KKM nafi Klinik Kesihatan tidak lagi terima pesakit 'walk-in'
Sarawak muktamadkan pengambilalihan MASwings
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: The Datai Langkawi ditutup sementara, 16 kakitangan dikesan positif

Astro Awani
Astro Awani
22/11/2021
08:30 MYT
COVID-19: The Datai Langkawi ditutup sementara, 16 kakitangan dikesan positif
The Datai Langkawi menutup sementara pengoperasiannya selepas 16 kes positif COVID-19 dikesan dalam kalangan pekerjanya. - Gambar The Datai Langkawi
KUALA LUMPUR: Pusat penginapan lima bintang, The Datai Langkawi menutup sementara pengoperasiannya selepas 16 kes positif COVID-19 dikesan dalam kalangan pekerjanya.
Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan, hotel mewah itu dijangka menutup operasinya untuk tempoh 10 hari bermula hari ini.
Kenyataan itu berkata, kesemua mereka dikesan positif wabak itu ketika pihak pengurusan menjalankan ujian saringan secara berkala bagi memastikan keselamatan tetamu dan kakitangan.
"Mereka telah disahkan positif telah diasingkan dan diarah kuarantin, manakala pembersihan dan sanitasi terperinci akan dilaksanakan di resort berkenaan," kata kenyatan itu pada isnin.
Selain itu, The Datai Langkawi memberitahu, semua kontak rapat sehingga kepada kontrak peringkat menengah telah dikesan.
"Kami juga telah melaksanakan ujian susulan ke atas ahli pasukan lain secara rawak
"Ketika siasatan terperinci dan teliti, kes-kes positif berikutnya telah disahkan. Pihak pengurusan resort segera mengaktifkan kuarantin.
"Sebagai sebahagian daripada prosedur dan atas kewaspadaan serta keprihatinan terhadap kesejahteraan tetamu dan pekerja, kami terpaksa menutup pusat penginapan kami.
"Kami turut memohon maaf diatas kesulitan yang dialami tetamu.
"Bagi sebarang tempahan sedia ada untuk tarikh penginapan termasuk dalam tempoh penutupan sementara, pihak resort memberitahu mereka menawarkan pertukaran tarikh atau pembatalan percuma tanpa penalti dan bayaran balik penuh," jelas kenyataan itu lagi.
Kenyataan itu turut memaklumkan, semua tetamu yang terbabit akan dihubungi terus untuk pilihan alternatif.
Topic Berkaitan
#kes positif
#COVID-19
#Langkawi
#The Datai Langkawi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan