KOTA KINABALU:Jabatan Kesihatan Negeri Sabah menafikan petugas kesihatan dan jururawat yang dihantar dari semenanjung Malaysia perlu menjalani kuarantin.
Pengarah Kesihatan Negeri Sabah Dr Christina Rundi menafikan laporan sebelum ini dan menjelaskan petugas kesihatan yang dihantar dari semenanjung hanya menjalani orientasi selama satu hari dan bukan kuarantin.
"Bagi pasukan bantuan yang ditugaskan di Hospital Queen Elizabeth (HQE) mereka diberi orientasi satu hari berkaitan struktur dan organisasi tempat kerja serta keadaan infeksi di tempat kerja.
"Mereka kemudiannya akan mula bertugas keesokan harinya," katanya dalam kenyataan balas terhadap berita yang mendakwa petugas kesihatan bantuan perlu menjalani kuarantin sehingga dua minggu sebelum menjalankan tugas.
Jelas Christina, berikutan keperluan mendesak bagi katil pesakit, HQE telah menambah bilangan katil di wad Unit Rawatan Rapi (ICU).
"Memandangkan terdapat keperluan mendesak HQE telah menambah bilangan katil di wad ICU.
"Manakala terdapat seramai 31 jururawat terlatih ditugaskan di wad tersebut dan tiada jururawat pelatih yang ditempatkan di situ.
"Justeru saya menafikan terdapat pesakit yang diarah pulang susulan kekurangan katil di HQE," katanya.
Tambahnya terdapat dua hospital yang merawat pesakit COVID-19 iaitu di HQE dengan 456 katil dan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas HWKKS dengan 117 katil.
Selain dua hospital tersebut terdapat lima buah Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 PKRC dengan bilangan katil sebanyak 673 katil.
Syah Hairizal Kamalul Arifin
Fri Oct 30 2020

Jelas Christina menerusi satu kenyataan, berikutan keperluan mendesak bagi katil pesakit, HQE telah menambah bilangan katil di wad Unit Rawatan Rapi (ICU).

COVID-19: Thailand dalam proses tambah pemerolehan vaksin
Pihak berkuasa merancang untuk memperoleh vaksin COVID-19 dari Amerika Syarikat dan Rusia.

AWANI Ringkas: PKPD di beberapa lokaliti bermula hari ini | Kadar R-Naught meningkat lagi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: Kadar R-Naught meningkat lagi | Tujuh pelajar Maktab Mahmud positif Covid-19
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: Rundingan nuklear Iran catat perkembangan positif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

COVID-19: Kes positif global lepasi 140 juta, angka korban lepasi 3 juta
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 global kini melepasi 140 juta, berikutan pertambahan 800,000 kes dalam tempoh 24 jam yang lepas.

Anggota polis maut motosikal dihimpit hingga terbabas, suspek ditahan
Suspek didakwa menghimpit motosikal anggota polis terbabit hingga menyebabkan mangsa terbabas dan meninggal dunia.

Hari pertama Bazar Aidilfitri di Lorong TAR hambar
Susun atur pintu masuk dan keluar dianggap tidak praktikal antara seksyen selain turut dikelilingi pagar yang menyebabkan pengunjung perlu berjalan jauh untuk ke satu-satu lokasi.

Telekung merah pemberian terakhir arwah Iqbal kepada ibu
Noraini Jaafar, 54, berkata anak keduanya itu menghantar gambar menu berbuka puasa dan gambarnya memakai uniform untuk ke tempat kerja dua hari lalu.

Polis nafi suspek berkaitan penemuan mayat ditangkap
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Abdul Rahim Md Din berkata setakat petang semalam tiada sebarang tangkapan berkaitan kes tersebut dilakukan.

Yusuf Al-Qaradawi positif COVID-19
Bekas Ketua Kesatuan Ulama Sedunia itu kini dilaporkan berada dalam keadaan baik dan sedang menerima penjagaan yang sewajarnya.

Petugas media di kawasan berisiko akan diberi vaksin - Menteri Kesihatan
Jawatankuasa khas jaminan akses vaksin putuskan dalam fasa kedua, pihak media yang juga merupakan petugas barisan hadapan akan diberikan vaksin.

Vaksin COVID-19: PM Perancis zahir ucapan terima kasih buat petugas kesihatan
Pusat vaksinasi tersebut diharap dapat mempercepatkan program imunisasi negara itu dengan lebih 10,000 orang dijangka akan divaksin setiap minggu.

UMNO zahir penghargaan kepada petugas barisan hadapan
Badrudin memohon para perwakilan dan tetamu yang hadir bangun berdiri serta memberi tepukan gemuruh, simbolik penghargaan kepada semua petugas barisan hadapan.

Kesilapan data suntikan vaksin telah diperbetulkan - JKNK
Langkah pembetulan telah diambil pihak jabatan malah proses validasi sistem juga telah dilakukan dari semasa ke semasa.

SPA sedia lulus segera permohonan petugas barisan hadapan KKM
SPA akan memastikan pelantikan petugas KKM dibuat secara cekap dan berkesan, supaya tidak berlaku kelewatan bagi keperluan khas.

Ahli farmasi komuniti kini dikategorikan penerima vaksin COVID-19 fasa pertama
Menteri Kesihatan menjelaskan, ia susulan permohonan daripada Persatuan Farmasi Malaysia (MPS) dan Malaysian Community Pharmacy Guild (MCPG).

Program vaksinasi kumpulan pertama di Miri berjalan lancar
Empat PPV terlibat dalam program imunisasi di Miri adalah Dewan Eastwood, Dewan Dato Permaisuri, Dewan Masyarakat Marudi dan Hospital Miri.

Lebih ramai petugas barisan hadapan dapat vaksin COVID-19 di PKRC MAEPS
PKRC Bersepadu 2.0 MAEPS merupakan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang utama di kawasan Lembah Klang.

Lebih 14,000 dos vaksin COVID-19 untuk 'frontliners' tiba di Miri
Kira-kira 14,040 vaksin Pfizer-BioNTech bagi fasa pertama kumpulan petugas barisan hadapan tiba di Pejabat Farmasi Bahagian Miri pada Khamis.

Vaksin: MMA mahu semua petugas penjagaan kesihatan disenarai bawah kategori 1
Ini selaras dengan gesaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk mempercepat ekuiti vaksin kepada semua petugas kesihatan.