KUALA LUMPUR:Duopharma (M) Sendirian Bhd (DMSB), subsidiari milik penuh Duopharma Biotech Berhad akan memperoleh dan membekalkan 6.4 juta dos vaksin COVID-19 yang dibangunkan oleh Rusia, "Sputnik V" di Malaysia.
Duopharma Biotech dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata DMSB telah menandatangani Perjanjian Lembaran Bertempoh dengan Dana Pelaburan Langsung Rusia (RDIF) untuk mendapatkan dos yang dibangunkan oleh Institut Penyelidikan Epidemiologi dan Mikrobiologi Kebangsaan Gamaleya.
"RDIF adalah ejen pemasaran yang dilantik untuk Gamaleya bagi semua pasaran antarabangsa, dan bekalan Sputnik V boleh datang daripada mana-mana rakan kongsi RDIF, tertakluk kepada kelulusan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA)," katanya.
BACA: Malaysia bakal peroleh vaksin buatan China, Rusia
DMSB juga telah memeterai Perjanjian Lembaran Bertempoh dengan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk membekalkan kesemua 6.4 juta dos bagi tujuan vaksinasi kepada 3.2 juta rakyat Malaysia secara berperingkat dalam tempoh 2021.
"Bekalan juga tertakluk kepada vaksin Sputnik V yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah Malaysia melalui penilaian teknikal oleh NPRA," tambahnya.
Melangkah ke hadapan, Pengarah Urusan Kumpulan Duopharma Biotech, Leonard Ariff Abdul Shatar berkata syarikat itu mempunyai kilang pengisian dan penyiapan vaksin di Klang yang sedia untuk digunakan.
"Kami juga sedang menaik taraf kemudahan kami untuk memastikan barisan tersebut mampu menampung penyetempatan pembuatan vaksin di Malaysia, yang seterusnya dapat meningkatkan akses vaksin, mengurangkan kebergantungan kepada pengimportan dan memastikan kecukupan vaksin bagi jangka panjang di Malaysia," katanya.
Duopharma Biotech, RDIF dan Institut Gamaleya juga sedang meneroka kerjasama selanjutnya untuk meningkatkan keupayaan Duopharma Biotech dalam penyelidikan dan pembangunan, pemindahan teknologi, pembuatan tempatan termasuk pembekalan vaksin di Malaysia dan negara-negara ASEAN yang lain.
Sputnik V adalah vaksin berdaftar pertama di dunia berdasarkan platform berasaskan vektor "adenoviral" manusia yang dikaji secara mendalam yang mampu meningkatkan tindak balas imun dan memberikan imuniti yang berpanjangan dengan keberkesanan 92 peratus.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 26 2021

Seorang jururawat menyediakan vaksin Rusia 'Sputnik-V' di sebuah klinik di Tver, Rusia, 12 Okt, 2020. - Gambar fail REUTERS

Cetak rompak: Hukuman kepada pesalah harus setimpal kerugian karya - Seniman
Hukuman pada ketika ini adakalanya terlalu rendah dan tidak berbaloi dengan kerugian ditanggung pengkarya dan krew produksi

Vaksin COVID-19 | 32,277 sudah divaksin, 1.632 juta sudah daftar
Seramai 32,277 individu sudah diberikan dos pertama vaksin COVID-19. Menurut Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin, angka berkenaan adalah sehingga jam 11.59 Isnin malam.

Politik | Perkembangan politik di Sabah
Keluar Parti Warisan, status ADUN Sebatik? Kita bersama Wakil Astro AWANI Sabah, Syahairizal Kamalul Arifin untuk perkembangan lanjut.

Cuaca Panas | Malaysia berdepan fenomena El-Nino?
Sebanyak 10 kawasan di semenanjung Malaysia merekodkan gelombang haba tahap kuning atau berjaga-jaga setakat 4.30 petang semalam. Semakan status gelombang haba di portal rasmi MetMalaysia hari ini mendapati, kawasan terbabit melibatkan empat daerah di Perak iaitu Kuala Kangsar, Kinta, Batang Padang dan Hilir Perak. Manakala tiga di Kelantan iaitu Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang.

75 PATI ditahan di kawasan penempatan setinggan di Tawau
75 pendatang asing tanpa izin(PATI) ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen di beberapa lokasi setinggan sekitar daerah Tawau, Sabah dalam Operasi Bersepadu Jabatan Imigresen Malaysia.

TH agih untung RM2.24 bilion untuk 2020, lebih baik 3.1 peratus
Agihan keuntungan bagi tahun 2020 melibatkan jumlah sebanyak RM2.24 bilion berbanding RM2.14 bilion pada tahun 2019.

Lima lagi lelaki diberkas merusuh di restoran
Polis berkas lima lagi lelaki dalam tangkapan berasingan di sekitar ibu negara pada Isnin hingga awal pagi Selasa berhubung siasatan kes merusuh di sebuah restoran di Jalan Tun Sambanthan, Brickfields

Hukuman pesalah cetak rompak perlu setimpal dengan kerugian pengkarya
Menurut Presiden SENIMAN, Zed Zaidi, hukuman pada masa ini terlalu rendah dan merugikan seluruh industri serta produksi yang penat lelah menjayakan karya itu.

Malaysia catat RM164 bilion pelaburan walaupun ketika dilanda pandemik - MIDA
Sektor perkilangan mendahului dengan peningkatan 10.3 peratus dalam pelaburan yang diluluskan.

Gunung Sinabung kembali meletus, abu menjulang lebih 4,500 meter
Gunung berapi Sinabung di Sumatera Utara, Indonesia kembali meletus pagi ini, mengeluarkan abu dan asap berwarna kelabu setinggi 4,500 meter.

COVID-19: Saya akan ambil suntikan vaksin Sinovac atau Sputnik V - Khairy
Sebaliknya, beliau akan menjadi orang pertama mengambil vaksin yang akan diluluskan selepas ini.

Program Imunisasi COVID-19 mungkin selesai sebelum akhir tahun ini - Khairy Jamaluddin
Keyakinan tersebut adalah berdasarkan tahap kecekapan dan juga profesionalisme Kementerian Kesihatan (KKM) selain ketibaan vaksin mengikut jadual.

COVID-19: Pusat vaksinasi diperkasa di AS, vaksin tidak mencukupi di Bosnia
Pusat vaksinasi terbesar di AS akan dibuka di New York pada Rabu.

Afrika Selatan ganti penggunaan AstraZeneca dengan vaksin Johnson & Johnson
Vaksin Johnson & Johnson diyakini lebih berkesan dalam menangani jenis varian COVID-19 yang menular di negara berkenaan.

COVID-19: Vaksin AstraZeneca 76 peratus berkesan jika dos kedua dilanjutkan
AstraZeneca dilapor menunjukkan keberkesanan sebanyak 76 peratus terhadap jangkitan bersimptom untuk tiga bulan selepas menerima dos pertama.

COVID-19: Lebih 100 juta vaksin sudah diedarkan seluruh dunia
Masih ada 29 negara miskin lagi belum menjalankan program vaksinasinya berbanding negara berpendapatan tinggi lain.

COVID-19: Duopharma Biotech bekal 6.4 juta dos vaksin Sputnik V
DMSB juga memeterai Perjanjian Lembaran Bertempoh dengan KKM untuk membekalkan kesemua 6.4 juta dos bagi tujuan vaksinasi kepada 3.2 juta rakyat Malaysia secara berperingkat dalam tempoh 2021.

Presiden Mexico Lopez Obrador positif COVID-19
Beliau kini sedang menjalani rawatan namun masih tidak mahu memakai pelitup muka.

COVID-19: Naib Presiden Argentina terima suntikan vaksin pertama
Bekas presiden dua kali itu menerima suntikan vaksin di Hospital Presiden Peron di Avellaneda, Buenos Aires.

COVID-19: Rakyat Rusia divaksin diberi sijil elektronik
Sijil ini secara automatik tersedia di sebuah portal dalam talian untuk perkhidmatan awam bernama Gosuslugi bermula 1 Januari.