awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Bomba redah tujuh anak sungai, usung wanita cedera di Kapit
Tidak setuju dengan semua dasar Ataturk, tetapi protokol Turkiye harus dihormati - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Ebit Lew hadiahkan bas kepada HTAR

Astro Awani
Astro Awani
31/07/2021
22:53 MYT
COVID-19: Ebit Lew hadiahkan bas kepada HTAR
Ebit Lew menghadiahkan sebuah bas kepada Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk membawa pesakit COVID-19 ke pusat kuarantin. -Foto Instagram/@ebitlew
TIDAK menjadikan kontroversi yang berlaku sejak beberapa hari lalu mengganggu kerja amalnya, pendakwah terkenal Ebit Lew tetap meneruskan tanggungjawab membantu rakyat Malaysia.
Kali ini, Ebit menghadiahkan sebuah bas kepada Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk membawa pesakit COVID-19 ke pusat kuarantin.
"Terima kasih Allah. Terima kasih semua saudaraku tanpa mengira bangsa dan agama.
"Dengan rasa rendah diri dan syukur dapat kami hadiahkan bas untuk Hospital Klang.
"Bas diperlukan untuk bawa pesakit COVID-19 untuk dipindahkan ke mana-mana pusat kuarantin.
"Masa hantar bas diserahkan dengan geran pada hospital tadi banyak nampak van jenazah di hospital.
"Usaha kecil ini berbanding usaha ramai orang lain sama ada kerajaan, NGO atau persendirian lain yang lebih jauh ke depan membantu.
"Semoga menjadi asbab kebaikan," katanya melalui satu perkongsian di akaun Instagramnya.
Beliau juga berharap sumbangan itu akan dapat meringankan beban HTAR dan kakitangannya yang bertungkus-lumus menangani pandemik COVID-19. . "Dr dan Timbalan Pengarah Hospital berterima kasih sangat.
"Sebenarnya kami yang berterima kasih atas jasa tuan puan semua frontliner. Allah sahaja yang membalasnya.
"Mudah-mudahkan pemberian bas ini dapat meringankan sikit beban hospital Klang ini. Terima kasih sahabat semua," ujarnya.
View this post on Instagram
A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)
Topic Berkaitan
#Ebit Lew
#bas
#COVID-19
#Klang
#HTAR
#rakyat Malaysia
#NGO
#Malaysia
#Instagram
#pendakwah bebas
#pesakit ke pusat kuarantin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan