awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua PBB minta semua pihak “bertenang” ketika Honduras menanti keputusan pilihan raya
Dua maut dalam letupan rumah jagaan di Pennsylvania
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Elak diri jadi punca kluster - MB Pahang

Sinar Harian
Sinar Harian
13/06/2021
22:14 MYT
COVID-19: Elak diri jadi punca kluster - MB Pahang
WAN ROSDY: Saya merayu kepada ahli keluarga yang mahu menjaga atau menemani ahli keluarga lain yang sedang dirawat di hospital, supaya mengelakkan diri daripada berbuat demikian. -Gambar fail
KUANTAN: Rakyat Pahang diminta tidak menjadi punca kepada kewujudan kluster baharu jangkitan COVID-19.
Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, ini kerana terdapat jangkitan COVID-19 iaitu kluster mini membabitkan wad lelaki di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), Temerloh yang berpunca daripada seorang penjaga pesakit yang bergejala.
"Saya berasa sedih dengan laporan diterima. Jadi saya merayu kepada ahli keluarga yang mahu menjaga atau menemani ahli keluarga lain yang sedang dirawat di hospital, supaya mengelakkan diri daripada berbuat demikian terutama mereka yang bergejala seperti batuk dan demam.
“Ini penting agar kita dapat mengelakkan diri daripada menjadi punca kepada kewujudan kluster-kluster baharu apatah lagi membabitkan kemudahan kesihatan awam yang penting seperti hospital,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Beliau berkata, susulan kejadian itu, pembersihan terminal telah dibuat di wad berkenaan selain ditutup bagi kemasukan pesakit baharu.
Sebelum itu, Wan Rosdy memaklumkan penjaga pesakit yang dimaksudkan didapati mempunyai kaitan dengan kes positif COVID-19 di Rancangan Tanah Felda Jengka 7, Maran atau dikenali Kluster Rantau Kenanga.
Ujarnya, pada Sabtu, seramai 23 individu telah disahkan positif dari wad tersebut membabitkan sembilan petugas kesihatan, 12 pesakit dan dua penjaga pesakit.
“Ia termasuk dua kematian iaitu pesakit yang dijagai oleh penjaga bergejala berkenaan iaitu pesakit berusia 71 tahun yang merupakan ayah kepada penjaga terbabit, meninggal dunia pada 9 Jun dan seorang lagi meninggal dunia pada 8 Jun,” katanya.
Artikel asal di Sinar Harian: Elak diri jadi punca kluster Covid-19: MB Pahang
Topic Berkaitan
#Wan Rosdy Wan Ismail
#COVID-19
#kes positif
#Hospital Sultan Haji Ahmad Shah
#HOSHAS
#petugas kesihatan
#jangkitan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan