PUTRAJAYA:Empat kluster baharu COVID-19 dikesan di Malaysia, ketahui lima perkara penting disampaikan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media hari ini.

1. Sebanyak 101 kes baharu dicatatkan hari ini, dengan 97 ialah kes tempatan dan selebihnya kes import.

2. Jumlah keseluruhan kes aktif kini sebanyak 1,062 kes, dengan lima sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU).

3. Sebanyak 50 kes telah sembuh sepenuhnya, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh 9,939 kes.

4. Terdapat empat kluster baharu dilaporkan hari ini iaitu Kluster Jalan Bomba (Sabah), Kluster Jalan Utara (Sabah), Kluster Benteng PK (Selangor) dan Kluster Bakawali  (Johor).

5. Kluster Bangau-Bangau terus jadi kluster tertinggi catat kes baharu iaitu sebanyak 51 kes, diikuti Kluster Benteng LD (dua), Kluster Kuarters (dua) dan Kluster Jalan Apas (satu).