TAIPING:Enam buah sekolah di daerah Larut Matang Selama (LMS) akan ditutup selama tujuh hari bermula esok susulan terdapat kes positif COVID-19 membabitkan warga sekolah itu.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil Perak, Razman Zakaria berkata, sekolah terbabit ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) King Edward VII, SMK (P) Treacher Methodist, SMK Bukit Jana, Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Jana, SK Convent Kota dan SK Ulu Mengkuang.
Menurutnya, penutupan itu selaras dengan arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebagai langkah pencegahan awal bagi mengurangkan risiko penularan wabak.
"Langkah ini perlu diambil bagi mengelakkan perkara tidak diingini, apatah lagi kedudukan sekolah-sekolah ini hampir dengan kawasan pusat tahanan perlindungan di Taiping yang mempunyai rekod jangkitan COVID-19," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Beliau bagaimanapun menasihatkan ibu bapa dan penjaga agar tidak panik dengan situasi itu di samping mematuhi segala arahan dikeluarkan pihak sekolah.
Katanya, semua warga dan pengurusan sekolah di negeri ini perlu memastikan prosedur operasi standard (SOP) dan amalan kebersihan dipatuhi.
"Kita akan terus memantau situasi ini dari masa ke masa dan kita mohon semua warga sekolah agar segera melaporkan kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) masing-masing sekiranya berlaku penularan COVID-19," ujarnya.
Abd Razak Mohd Ali
Sun Oct 11 2020

Penutupan itu selaras dengan arahan MKN sebagai langkah pencegahan awal bagi mengurangkan risiko penularan wabak. -Gambar hiasan

Tindakan segera warden berjaya halang penularan COVID-19 di asrama sekolah
Tindakan seorang warden asrama mengasingkan pelajar-pelajar bergejala, berjaya menghalang berlakunya penularan COVID-19, apabila mereka akhirnya disahkan positif.

10 Berita Pilihan - (26 Februari 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

KDN perkukuh kerjasama dengan KKMM cegah penularan berita palsu vaksin
Kerjasama itu adalah dalam menangani isu penyebaran berita palsu terutama berkaitan vaksin COVID-19.
![[INFOGRAFIK] Statistik kecenderungan perniagaan (suku pertama 2021) [INFOGRAFIK] Statistik kecenderungan perniagaan (suku pertama 2021)](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1892725/8967789641614354503426_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Statistik kecenderungan perniagaan (suku pertama 2021)

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

5 perkara penting kenyataan media harian PKP - 26 Feb 2021
Ini lima perkara penting yang dinyatakan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi kenyataan media berkaitan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ini.

5 perkara penting dalam kenyataan media KKM - 26 Feb 2021
Ini lima perkara penting yang dinyatakan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan media hari ini berkaitan perkembangan terkini jangkitan COVID-19 di Malaysia.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Polis rekod keterangan Anwar Ibrahim
Polis merakam keterangan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung siasatan terhadap kenyataan bersama yang dikeluarkan Majlis Presiden Pakatan Harapan, pada bulan lalu.

Pemandu Proton Waja rempuh kenderaan diberkas, seorang lagi diburu
Seorang pemandu kereta Proton Waja yang merempuh dua kenderaan di persimpangan lampu isyarat Sierramas di Sungai Buloh, di sini sehingga memaksa polis melepaskan beberapa tembakan, berjaya diberkas.

493 ditahan ingkar SOP, ini antara tumpuan kenyataan media Ismail Sabri
Berikut merupakan tumpuan kenyataan media Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pada Ahad.

Operasi kilang tayar Silverstone di Taiping dihentikan Jun ini
Difahamkan kesemua pekerja anak syarikat milik penuh Toyo Tire Corporation (TTC) itu terdiri daripada warga tempatan.

PKPD: Penjara Bentong dan Taiping dilanjutkan, Penjara Jelebu ditamat
PKPD di Penjara Bentong dan Penjara Taiping akan dilanjutkan sehingga 22 Februari, manakala PKPD di Penjara Jelebu tamat hari ini.

Kerajaan Perak kesal segelintir peniaga diskriminasi petugas barisan hadapan
Kerajaan negeri kesal dengan tindakan segelintir pihak yang memandang serong kakitangan barisan hadapan termasuk kakitangan penjara dan kem tahanan yang terpaksa berhadapan dengan kes COVID-19.

PKPD di Penjara Taiping bermula esok
Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Penjara Taiping dan Kuarters Kakitangan bermula 26 Januari 2021 sehingga 8 Februari 2021.

Tular lelaki pakai gelang KKM berkeliaran di RnR Bukit Gantang tidak benar
Lelaki yang diperiksa polis pada kira-kira 11.05 pagi semalam bukan warga asing malah tidak mengenakan gelang tangan KKM seperti didakwa.

Lelaki nekad terjun dari kereta selamatkan diri dalam kejadian samun
Kejadian bermula apabila lelaki berumur 25 tahun yang sedang memandu kereta Honda itu ditahan oleh empat lelaki.

PKPD di KEMTA Kamunting, ini lima tumpuan kenyataan media PKPP
Berikut merupakan lima perkara penting kenyataan media Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Selasa (29 Disember 2020).

PKPB: Zoo Taiping dan Night Safari jangka alami kerugian lebih RM500,000
Kerugian itu susulan kemerosotan hasil kutipan tiket sehingga 95 peratus.

86 mangsa banjir di Perak dipindahkan ke PPS
10 mangsa daripada empat keluarga di Batu Kurau ditempatkan di Dewan Orang Ramai Pantai Besar, Dewan Kampung Sungai Ara dan Sekolah Kebangsaan Pantai Besar Air yang dibuka mulai 10 malam.