awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Warga emas mengaku tidak bersalah miliki bahan letupan di Nilai
Enam termasuk tiga beradik didakwa tetak tiga lelaki di depan restoran
JKDM catat kutipan hasil RM76.18 bilion pada 2025, lebih RM8.93 bilion daripada sasaran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Republikan AS tolak cadangan tindakan ketenteraan terhadap Greenland

Bernama
Bernama
08/01/2026
10:50 MYT
Republikan AS tolak cadangan tindakan ketenteraan terhadap Greenland
Trump sejak sekian lama mendakwa AS "memerlukan" Greenland untuk keselamatan negaranya. - Gambar/ Reuters
WASHINGTON: Beberapa anggota Republikan di Kongres Amerika Syarikat (AS) menyuarakan kritikan terhadap sebarang kemungkinan tindakan ketenteraan untuk mengilhak Greenland, sekali gus menyanggah kenyataan Presiden Donald Trump yang mendakwa AS memerlukan pulau Artik itu demi keselamatan negara, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Ringkasan AI
  • Anggota Republikan di Kongres AS menolak tindakan ketenteraan untuk mengilhak Greenland, bertentangan dengan tuntutan Presiden Trump.
  • Senator dan ahli Kongres Republikan menegaskan bahawa serangan ke Greenland adalah tindakan yang tidak masuk akal dan merosakkan hubungan dengan NATO.
  • Perdana Menteri Denmark memberi amaran bahawa serangan ke Greenland akan mengakhiri NATO dan aturan keselamatan selepas Perang Dunia Kedua.

Senator Utah John Curtis menulis di X pada Rabu bahawa walaupun memperkukuh kerjasama dengan Denmark dan Greenland adalah penting, penggunaan kekerasan ketenteraan adalah "tidak sesuai, tidak perlu dan sesuatu yang saya tidak akan sokong."
Greenland, sebuah wilayah autonomi dengan kira-kira 56,000 penduduk, secara rasmi berada di bawah Kerajaan Denmark, rakan sekutu NATO.
Ahli Kongres Republikan Don Bacon dari Nebraska berkata kenyataan pentadbiran mengenai Greenland adalah merosakkan dan berisiko menjauhkan rakan NATO. Beliau memberitahu CNN bahawa idea untuk menyerap Greenland adalah antara perkara "paling tidak masuk akal" yang didengarnya daripada Rumah Putih sepanjang tahun lalu, dan menggesa Republikan lain menasihati pentadbiran bahawa mereka berada di landasan yang salah.
Senator Louisiana John Kennedy, ketika bercakap selepas taklimat oleh Setiausaha Negara Marco Rubio, berkata bahkan "pelajar tingkatan tiga yang sederhana bijak" akan tahu bahawa menyerang Greenland adalah tindakan "amat bodoh."
Beliau berkata Trump dan Rubio bukanlah orang yang bodoh dan tiada rancangan pencerobohan sedang dipertimbangkan, namun tidak menolak usaha untuk mewujudkan rangka kerja undang-undang baharu bagi kerjasama pertahanan antara AS dan Greenland.
Perdana Menteri Denmark Mette Frederiksen memberi amaran bahawa serangan AS terhadap Greenland akan menamatkan NATO dan keseluruhan aturan keselamatan selepas Perang Dunia Kedua.
Trump sejak sekian lama mendakwa AS "memerlukan" Greenland untuk keselamatan negaranya.
Denmark, kerajaan Greenland, Kesatuan Eropah dan beberapa negara Eropah lain telah menolak dakwaan Trump itu. Perbahasan mengenai isu tersebut muncul semula selepas satu operasi ketenteraan AS di Venezuela baru-baru ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Greenland
#Donald Trump
#Republikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan