awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wakil Rusia-AS-Ukraine dijadual bermesyuarat di Abu Dhabi dari 4-5 Feb - Zelenskyy
Singapura akan adakan latihan Simulasi Penipuan Kebangsaan mulai 1 Mac
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: FAM akui status kewangan terkesan

Astro Arena
Astro Arena
30/06/2020
21:25 MYT
COVID-19: FAM akui status kewangan terkesan
Dana bantuan COVID-19 daripada FIFA ibarat bonus buat FAM (gambar) bagi meneruskan kelangsungan operasi mereka menerusi peruntukan $1.5 juta (RM6.42 juta). - Gambar hiasan
PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) hilang keuntungan maksimum sebanyak RM9 juta apabila tiada perlawanan membabitkan skuad Harimau Malaya dari Mac hingga September depan.
Wabak COVID-19 menyebabkan badan induk bola sepak negara itu terpaksa menggunakan jalan alternatif bagi memastikan kerjasama dengan penaja kekal terjalin.
Struktur aliran kewangan badan induk itu terjejas sejak penularan pandemik berkenaan yang mendorong Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
Ini kerana pendapatan utama FAM adalah melalui aksi skuad kebangsaan berdasarkan aspek penajaan, hak penyiaran dan kutipan tiket perlawanan.
Namun, keuntungan yang dianggarkan berjumlah RM3 hingga RM9 juta yang sepatutnya diraih organisasi bola sepak negara itu sepanjang tempoh berkenaan tidak dapat direalisasikan.
"Itu anggaran realistik berdasarkan tiga jendela (sebelum ini).
"Ia sememangnya sasaran penjanaan dana buat FAM," kata Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam, ketika memberi reaksi kepada wartawan Nadi Arena, Zulhelmi Zainal Azam.
Justeru, dana bantuan COVID-19 daripada Persekutuan Bola sepak Antarabangsa (FIFA) yang diumumkan baru-baru ini ibarat bonus buat FAM bagi meneruskan kelangsungan operasi mereka menerusi peruntukan $1.5 juta (RM6.42 juta).
Selain FAM, pasukan kelab seperti Felda United juga terkena tempiasnya apabila kehilangan hampir RM1 juta.
"Ia memberi kesan yang sangat besar kepada kami.
"Kami terpaksa merangka semula perancangan kewangan kami .
"Setakat ini, Felda masih memberi dana kepada Felda United mengikut bulan," kata Setiausaha Agung Felda United, Afizal Abu Othman.
Topic Berkaitan
#bantuan
#bola sepak
#COVID-19
#dana
#FAM
#Felda United
#FIFA
#hak penyiaran
#harimau Malaya
#Harimau Malaysia
#hilang keuntungan maksimum
#keuntungan
#kewangan
#penaja
#pendapatan
#peruntukan
#PKP
#stuart ramalingam
#terkesan
#tiada perlawanan
#tiket
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan