KUCHING: Peningkatan jumlah kes positif COVID-19 di Sarawak disebabkan kegagalan masyarakat untuk mematuhi garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Ini terutama ketika mengadakan perjumpaan semasa majlis sosial seperti upacara pengebumian, perkahwinan, perjudian dan aktiviti sabung ayam.
Malah Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana (JPBN) Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata pergerakan dari zon merah ke zon-zon lain juga menjadi penyumbang kepada peningkatan kes positif.
“Hari ini saya dimaklumkan terdapat sebuah rumah panjang yang mencatatkan 50 kes positif COVID-19 disebabkan aktiviti sabung ayam namun perkara ini belum dilaporkan secara rasmi.
“Justeru, JPBN Sarawak memohon agar semua rakyat Sarawak untuk mematuhi SOP sebaiknya.
“Sentiasa memakai topeng muka ketika berada di tempat sesak dan amalkan penjarakan fizikal walaupun di tempat kerja anda,” kata Uggah.
Selain itu, Sarawak melaporkan pertambahan 220 kes COVID-19 dengan Bintulu mencatat angka tertinggi iaitu 57.
Ia diikuti Sibu (54), Miri (37), Kapit (20), Kuching (12), Julau (10), Dalat (lapan), Sarikei dan Meradong (lima), Betong (empat), Song (dua) dan satu kes di Subis, Bau, Mukah, Samarahan, Bukit Mabong dan Selangau.
Daripada jumlah itu 140 merupakan individu yang disaring melalui pengesanan kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19.
Ini menjadikan jumlah kes kumulatif yang direkodkan di Sarawak meningkat kepada 9,765 kes.
Syafik Shukri Jalil
Mon Mar 01 2021

Sarawak melaporkan pertambahan 220 kes COVID-19 dengan Bintulu mencatat angka tertinggi iaitu 57.- FOTO: Astro AWANI

SJKC Puay Chai 2 Bandar Utama ditutup, enam pelajar positif COVID-19
Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK)(C) Puay Chai 2 di Bandar Utama, Petaling Jaya diarahkan ditutup sementara berkuatkuasa hari ini selepas enam pelajarnya disahkan positif COVID-19.

Vaksin COVID-19: Kumpulan kedua libatkan lebih 1,000 atlet, pegawai - Reezal Merican
Keutamaan akan diberikan kepada mereka yang terlibat dalam pertandingan sukan seperti Liga Bola Sepak Malaysia, Liga Joki Malaysia dan kejohanan utama di luar negara.

Politik | Tiada parti boleh bentuk kerajaan majoriti
Semua parti politik perlu sedar tiada sesiapa boleh membentuk kerajaan secara majoriti dan pentadbiran sendiri, Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke.

SRC International: Hakim bagaikan 'terdorong' putus Najib bersalah - Peguam
Mahkamah Rayuan pada Selasa diberitahu Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bagaikan terdorong untuk memutuskan bekas Perdana Menteri, Najib Tun Razak bersalah.

Wakaf | Penjawat awam digalak berwakaf melalui potongan gaji
Bagi meningkatkan tabungan dana dan aset wakaf negara, satu inisiatif perlu dirangka di peringkat Kerajaan Persekutuan untuk menggalakkan penjawat awam berwakaf, khususnya secara berkala melalui potongan gaji.

#YakiniVaksin: Kempen tangani mitos, salah faham vaksin COVID-19
Inisiatif itu dilaksanakan selepas rakyat sering dimomok oleh pelbagai mitos, teori konspirasi dan salah faham yang tersebar meluas tanpa tapisan terutama di media sosial.

Beri laluan Najib kemudi parti pada PRU15 - Ketua UMNO Kubang Pasu
Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai kelebihan untuk kembali memimpin UMNO dan membawa kebangkitan semula parti seperti sebelum ini.

AWANI Ringkas: Penjawat awam digalak berwakaf | Sebanyak 1,018,937 dos suntikan vaksin telah diberikan

Wanita tidak sedar diri hamil, sehinggalah melahirkan bayi dalam tandas
Seorang wanita hanya mengetahui dirinya hamil selepas dia melahirkan seorang bayi dalam tandas rumahnya.

KKM kaji kemungkinan wujud varian baharu di Sarawak - Dr Adham
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang mengkaji kebarangkalian wujudnya varian baru COVID-19 di Sarawak.

KKM kaji kemungkinan wujud varian baharu di Sarawak - Dr Adham
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang mengkaji kebarangkalian wujudnya varian baru COVID-19 di Sarawak.

Kes COVID-19 meningkat: KKM akan hantar kakitangan tambahan ke Sarawak - Dr Adham
Bagi menampung keperluan menangani penularan pandemik COVID-19 di Sarawak, sekitar tiga hingga lima ratus kakitangan dihantar ke lokasi memerlukan.

COVID-19: Hospital Sibu tangguhkan perkhidmatan klinik pakar
Peningkatan mendadak kes positif COVID-19 di daerah Sibu memaksa perkhidmatan Klinik Pakar di Hospital Sibu ditangguhkan.

Langgar SOP, operator pusat hiburan di Bintulu berdepan tindakan - Tiong
Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing menyelar tindakan pengusaha premis hiburan di Bintulu yang bertindak melanggar SOP COVID-19 dengan beroperasi melebihi waktu ditetapkan.

DBKU batal pembukaan bazar Ramadan di Satok, Sukma Ria dan Semarak
Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) hari ini mengambil keputusan untuk membatalkan operasi bazar Ramadan di Satok, Sukma Ria dan Semarak.

COVID-19: Sarawak catat 290 kes positif, satu kluster baharu
Sarawak melaporkan pertambahan 290 kes positif COVID-19 dengan Kuching menyumbang angka kes tertinggi iaitu 86 kes.

COVID-19: 153 kes positif, dua kematian di Sarawak
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak melaporkan pertambahan 153 kes positif COVID-19 dengan Sibu menyumbang angka tertinggi sebanyak 40 kes.

COVID-19: Sarawak lapor pertambahan 124 kes positif, satu kluster baharu
Sarawak melaporkan pertambahan 124 kes positif COVID-19 menjadikan jumlah kumulatif di negeri itu kepada 14,374.

SOP kehadiran penonton ke stadium di Sarawak diumum dalam masa terdekat
Kementerian Belia dan Sukan Sarawak akan mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan kehadiran pengunjung ke stadium dalam masa terdekat.

COVID-19: 276 kes positif di Sarawak, satu kematian dicatat
Sarawak mencatatkan pertambahan 276 kes positif COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes positif meningkat kepada 14,250.