PUTRAJAYA: Golongan kurang daya tahan imun sederhana hingga teruk berumur antara lima dan 11 tahun serta antara 12 dan 17 tahun dicadangkan menerima dos ketiga vaksin COVID-19 bagi melengkapkan vaksinasi primer tiga dos, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Menerusi kenyataan hari ini berhubung keputusan yang dicadangkan Jawatankuasa Kerja Teknikal (TWG) bagi vaksin COVID-19 itu, Khairy berkata prosedur atau mekanisme bagi pelaksanaan dos ketiga serta dos penggalak pertama bagi remaja akan dimuktamadkan dan dimaklumkan dalam masa terdekat.
Beliau berkata cadangan telah dibuat berdasarkan situasi semasa mengenai tahap keberkesanan vaksin dalam kalangan remaja yang berisiko tinggi.
Menurutnya TWG mengesyorkan supaya dos penggalak bagi golongan kurang daya tahan imun sederhana hingga teruk berumur 12 dan 17 tahun dikategorikan semula sebagai dos ketiga dan menjadi pelengkap kepada vaksinasi primer.
"Hanya setelah melengkapkan vaksinasi primer tiga dos, barulah dos penggalak pertama boleh diberikan kepada golongan kurang daya tahan imun sederhana hingga teruk berumur antara 12 dan 17 tahun.
"Langkah ini bertujuan memberi perlindungan optimum kepada kumpulan remaja ini daripada risiko mendapat jangkitan COVID-19 dengan gejala yang teruk," katanya.
Pada 14 April, Kementerian Kesihatan (KKM) mengumumkan pemberian dos penggalak kepada golongan kurang daya tahan imun sederhana hingga teruk berumur 12 tahun dan ke atas.
Setakat semalam, kadar vaksinasi lengkap dos primer vaksin COVID-19 bagi golongan remaja adalah 93.5 peratus.
Bagaimanapun, kajian dari luar negara menunjukkan tahap keberkesanan vaksin terhadap kemasukan ke wad dalam kalangan remaja selepas lima hingga 10 bulan menerima dos kedua menurun sebanyak 42 hingga 73 peratus.
Khairy berkata pemberian dos tambahan sama ada untuk melengkapkan vaksinasi dos primer sebanyak tiga kali atau sebagai dos penggalak pertama dan kedua akan diberikan kepada individu yang disahkan kurang daya tahan imun sederhana hingga teruk oleh pakar perubatan kerajaan atau swasta.
KHAIRY-DOS KETIGA 3 (AKHIR) PUTRAJAYA
Beliau berkata dos tambahan kepada individu berumur antara lima dan 11 tahun akan diberikan sekurang-kurangnya lapan minggu selepas menerima dos kedua.
Bagi individu berusia antara 12 dan 17 tahun pula, beliau berkata golongan itu akan menerima dos tambahan sekurang-kurangnya 28 hari selepas menerima dos kedua.
Bagi pemberian dos penggalak pertama kepada individu berumur antara 12 dan 17 tahun yang berisiko tinggi dan telah lengkap menerima vaksinasi primer tiga dos pula, Khairy berkata golongan itu akan diberikan dos terbabit sekurang-kurangnya tiga bulan selepas menerima vaksinasi lengkap tiga dos primer.
Katanya dos penggalak kedua pula akan diberikan kepada individu berumur antara 18 dan 59 tahun termasuk petugas kesihatan barisan hadapan seperti pegawai perubatan serta jururawat yang berisiko tinggi mendapat jangkitan COVID-19 yang serius atau teruk.
"Golongan ini akan terima dos penggalak kedua sekurang-kurangnya enam bulan selepas menerima dos penggalak pertama dan selepas berbincang dengan mana-mana pengamal perubatan berdaftar," katanya.
Mengenai peluasan pemberian vaksin COVID-19 Convidecia CanSino Bio (CanSino) sebagai dos penggalak secara campuran kepada penerima vaksin lengkap tanpa mengira jenis vaksin dos primer, Khairy berkata golongan yang layak adalah individu berumur antara 18 tahun dan ke atas.
"Golongan ini adalah mereka yang telah menerima vaksin siri premier selain daripada CanSino dan Sinovac yang telah diluluskan iaitu sekurang-kurangnya tiga bulan selepas menerima dos kedua," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 29 2022
Khairy berkata cadangan telah dibuat berdasarkan situasi semasa mengenai tahap keberkesanan vaksin dalam kalangan remaja yang berisiko tinggi. - Gambar fail/BERNAMA
Polis tingkat kawalan keselamatan pemain TFC
Polis Terengganu meningkatkan kawalan keselamatan terhadap pemain Terengganu FC susulan insiden serangan yang menimpa dua pemain bola sepak tempatan minggu lalu.
KKM beri jaminan dedah data aefi vaksin COVID-19 - Dr Dzulkefly
Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan akan mendedahkan semua data berhubung kesan sampingan susulan imunisasi (AEFI) yang berpunca daripada vaksin COVID-19 pada satu waktu yang akan ditetapkan.
Tun M mahu Kerajaan usir Lockheed Martin dan BAE System
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa Kementerian Pertahanan untuk mengarah dua syarikat pembekal senjata – Lockheed Martin dan BAE System – untuk segera keluar dari negara ini.
Dalam catatan terbaharu di laman media sosialnya, beliau berkata, ketika ini kedua-dua syarikat tersebut yang merupakan pembekal senjata kepada rejim Zionis, hadir ke negara ini untuk menyertai pameran Pameran Defence and Service Asia (DSA) dan NATSEC Asia 2024 di ibu negara.
Dalam catatan terbaharu di laman media sosialnya, beliau berkata, ketika ini kedua-dua syarikat tersebut yang merupakan pembekal senjata kepada rejim Zionis, hadir ke negara ini untuk menyertai pameran Pameran Defence and Service Asia (DSA) dan NATSEC Asia 2024 di ibu negara.
Lelaki Amerika Syarikat mengaku salah miliki porno budak
Seorang lelaki warga Amerika Syarikat dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Langkawi pada Isnin, atas pertuduhan memiliki bahan pornografi kanak-kanak dan video lucah dalam komputer riba, Februari lalu.
Sivasangari dinobat atlet terbaik April The World Games
Pemain skuasy wanita negara, S. Sivasangari dinobatkan sebagai Atlet Terbaik Bulan April oleh The World Games sebagai mengiktiraf pencapaian cemerlangnya merangkul juara sulung kejohanan London Classic dengan mengalahkan pemain terbaik dunia, bulan lepas.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sivasangari dinobatkan Atlet Terbaik April oleh The World Games
Ia sebagai mengiktiraf pencapaian cemerlangnya merangkul juara sulung kejohanan London Classic dengan mengalahkan pemain terbaik dunia, bulan lepas.
Faisal kini dirawat di ICU, perlu jalani beberapa pembedahan
Pemain skuad kebangsaan, Faisal Halim, kini menjalani rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) susulan kejadian disimbah asid di sebuah pasar raya di Kota Damansara, Petaling Jaya.
Penyelia 'ladle crane' maut jatuh dari ketinggian 20 meter
Seorang penyelia maut selepas terjatuh dari ketinggian melebihi 20 meter ketika menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan di atas ladle crane.
COVID-19: Golongan kurang daya tahan imun sederhana, teruk dicadang terima dos ketiga - Khairy
Cadangan telah dibuat berdasarkan situasi semasa mengenai tahap keberkesanan vaksin dalam kalangan remaja yang berisiko tinggi.