awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Hajiji kuarantin kendiri 2 minggu

Syah Hairizal Kamalul Arifin
Syah Hairizal Kamalul Arifin
08/10/2020
02:22 MYT
COVID-19: Hajiji kuarantin kendiri 2 minggu
Hajiji Mohd Noor memulakan kuarantin kendiri selama dua minggu bermula hari ini. -Gambar fail/Bernama
KOTA KINABALU:Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor memulakan kuarantin kendiri selama dua minggu bermula hari ini.
Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Safar Untong dalam satu kenyataan pagi ini berkata langkah itu dibuat secara sukarela oleh Hajiji setelah beliau terdedah kepada individu positif COVID-19.
"Untuk makluman Yang Amat Berhormat Ketua Menteri telah secara sukarela mengambil keputusan menjalani kuarantin kendiri selama dua minggu bermula hari ini.
"Ia susulan beliau terdedah dengan individu yang kemudian disahkan positif COVID-19," katanya dalam kenyataan itu.
Safar turut memaklumkan kerajaan negeri berfungsi seperti biasa dan sebarang mesyuarat akan dilakukan melalui sidang video.
Hajiji sebelum ini dilaporkan akan membuat pengumuman bagi baki jawatan menteri dan pembantu menteri yang mengangkat sumpah di Istana Negeri hari ini.
Topic Berkaitan
#Hajiji Mohd Noor
#kuarantin kendiri
#Safar Untong
#Ketua Menteri Sabah
#koronavirus
#COVID-19
#individu positif COVID-19
#Sabah Memilih
#PRN Sabah
#Pilihan Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan