Wanita pertama ketuai Institusi Hadiah Nobel

Ellen Moons, 59 tahun, juga merupakan Ahli Jawatankuasa Nobel yang memilih pemenang Hadiah Nobel dalam bidang fizik sejak 2022. - Foto Karlstad University
STOCKHOLM: Nama pemenang Hadiah Nobel bagi kategori fizik, kimia, dan ekonomi bakal diumumkan oleh seorang wanita buat kali pertama dalam sejarah pada 2026, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Ringkasan AI
- Wanita pertama akan mengumumkan pemenang Hadiah Nobel bagi kategori fizik, kimia, dan ekonomi pada 2026, menandakan peristiwa sejarah yang berlaku.
- Ellen Moons dari Belgium dilantik sebagai Setiausaha Agung Akademi Sains Diraja Sweden (KVA) yang pertama wanita sejak penubuhannya pada 1739.
- Moons juga merupakan Ahli Jawatankuasa Nobel dan Profesor Fizik di Universiti Karlstad, memegang peranan penting dalam pemilihan pemenang Hadiah Nobel dan pengurusan aktiviti akademi.
Beliau merupakan wanita pertama yang menyandang jawatan itu sejak akademi berkenaan ditubuhkan pada tahun 1739.
Moons dipilih dalam mesyuarat agung KVA pada pertengahan November lepas bagi menggantikan setiausaha agung sebelum ini, Hans Ellegren.
Beliau telah menetap di Sweden selama lebih 25 tahun dan memegang jawatan sebagai Profesor Fizik di Universiti Karlstad sejak 2011.
Tokoh berusia 59 tahun itu juga merupakan Ahli Jawatankuasa Nobel yang memilih pemenang Hadiah Nobel dalam bidang fizik sejak 2022.
Selain mengumumkan pemenang bagi kategori fizik, kimia, dan ekonomi, setiausaha agung juga berperanan menguruskan aktiviti akademi dan sekretariatnya, serta bertindak sebagai Pengarah Urusan KVA.
Secara rasmi, kedudukan beliau adalah di bawah presiden akademi, namun setiausaha agung lebih kerap muncul di khalayak ramai berbanding presiden.
KVA merupakan satu daripada empat institusi yang mengumumkan pemenang pelbagai kategori Hadiah Nobel pada awal Oktober. Hadiah Nobel dalam bidang Perubatan dianugerahkan oleh Perhimpunan Nobel di Institut Karolinska di Stockholm, manakala Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan oleh Akademi Sweden.
Hadiah Nobel Keamanan merupakan satu-satunya anugerah yang tidak disampaikan di Stockholm, sebaliknya di Oslo, Norway. Jawatankuasa Nobel Norway bertanggungjawab dalam pemilihan pemenangnya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


