YAN: Hampir 100 peratus pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin COVID-19, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mazlan Lazim.
Beliau berkata setakat ini hanya sebilangan kecil warga PDRM belum menerima suntikan vaksin berkenaan disebabkan faktor kesihatan selain masih menunggu tarikh janji temu.
"Ada anggota tak mau vaksin sebab (alami) alahan dan ada masalah kesihatan yang ada laporan doktor...(dalam pengetahuan beliau) tiada anggota dan pegawai yang menolak vaksin tanpa sebab. Saya ingat semua akan ambil (vaksin), tiada masalah," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Outreach Psikologi dan Spiritual Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) PDRM kepada warga kerja serta pesara PDRM yang terlibat bencana banjir akibat fenonema kepala air di Yan pada 18 Ogos lepas di sini hari ini.
Pada majlis itu seramai 16 penerima wakalah zakat PDRM termasuk warga kerja Ibu Pejabat Polis Daerah Yan dan pesara PDRM yang terjejas dengan bencana itu menerima zakat dengan setiap seorang memperoleh wang tunai RM1,000 bersama bekalan makanan bernilai RM100.
Sementara itu, Mazlan menasihatkan rakyat yang belum mendaftar dan menerima suntikan vaksin COVID-19 supaya berbuat demikian demi meningkatkan sistem imunisasi diri masing-masing dalam usaha melindungi diri daripada jangkitan wabak itu sekali gus memudahkan urusan seharian.
"Pada masa sama juga diperlukan (vaksin COVID-19) dalam mematuhi SOP (prosedur operasi standard) yang kini banyak kemudahan untuk mereka yang lengkap (suntikan) vaksin termasuk nanti untuk rentas negeri dan daerah," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata PDRM akan bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam negeri dalam usaha membanteras aktiviti pemujaan dan khurafat yang dikesan berlaku di kawasan Gunung Jerai.
"Pemantauan memang polis buat tetapi dari segi tindakan penguatkuasaan kena ada pengesahan daripada pihak Jabatan Agama Islam sebab di bawah mereka (penguatkuasaan), kita akan membantu dalam isu ini," katanya.
Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama Islam) Idris Ahmad meminta segala aktiviti pemujaan dan khurafat yang dikesan berlaku di kawasan itu dihentikan segera memandangkan ia bertentangan dengan ajaran Islam serta boleh merosakkan akidah.
Beliau dipetik sebagai berkata kegiatan itu juga boleh mengundang bala kepada masyarakat kerana bukan sahaja pelaku akan menerima kesan malah akan melibatkan keseluruhan penduduk sekitar kawasan berkenaan.
22 Ogos lepas, sebuah akhbar tempatan melaporkan penduduk yang tinggal berhampiran Gunung Jerai mengharapkan segala aktiviti pemujaan dan khurafat di kawasan itu dapat dihentikan dan dibersihkan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 12 2021
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mazlan Lazim berkata setakat ini hanya sebilangan kecil warga PDRM belum menerima suntikan vaksin berkenaan disebabkan faktor kesihatan selain masih menunggu tarikh janji temu. - Foto BERNAMA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Lebih 1,000 pegawai, anggota polis terjejas banjir di Kelantan - Ayob Khan
Lebih 1,000 pegawai dan anggota polis daripada 469 keluarga di Kelantan terjejas akibat banjir, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.
Polis buka kertas siasatan tiga anggota polis berhibur di Golok
Polis Kelantan membuka kertas siasatan berhubung tiga anggota polis yang disyaki berhibur di Golok, Thailand.
Anggota polis tergamak bunuh ibu kandung, pukul dengan tabung gas
Siasatan awal mendapati pembunuhan itu berlaku setelah bertengkar dengan mangsa.
Polis mengaku tidak bersalah curi barang kemas wanita meninggal dunia
Seorang anggota polis mengaku tidak bersalah di mahkamah atas pertuduhan mencuri barang kemas milik seorang wanita yang meninggal dunia akibat serangan jantung.
45 pegawai, anggota polis ditahan SPRM bagi tempoh Januari hingga September lepas
Sebanyak 45 anggota dan pegawai PDRM ditahan SPRM bagi tempoh Januari hingga September tahun ini kerana disyaki menerima suapan dan salah guna kuasa.
Tujuh anggota polis didakwa salah guna dadah
Mereka yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, IPD Yan, dan IPD Pendang didakwa tanpa kebenaran memasukkan dalam badan sendiri dadah berbahaya jenis ketamine dan MDMA.
Curi barang kemas: Polis serah kertas siasatan kepada Pejabat Peguam Negara
Rusdi berkata pihaknya juga mencadangkan pertuduhan terhadap suspek di mahkamah dan buat masa ini suspek masih bertugas.
Koperal mengaku tidak bersalah curi enjin RXZ di balai polis
Seorang anggota polis berpangkat koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Ahad atas pertuduhan mencuri enjin motosikal jenis Yamaha RXZ pada Julai lepas.
Tiada kompromi pegawai, anggota polis terlibat salah laku - KPN
Tiada kompromi terhadap pegawai dan anggota terbabit salah laku yang merosakkan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM), tegas Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.
Anggota polis ditahan, disyaki peras ugut buruh sawit RM2,000
Difahamkan suspek lelaki berusia 40 tahun itu menawarkan bantuan menyelesaikan kes lampau berkaitan urin mangsa.