Hospital Putrajaya membuat laporan polis berhubung penularan dua video yang telah menjejaskan imej Hospital Putrajaya dan kredibiliti kakitangan serta para pegawai perubatan dalam mengendalikan COVID-19.
Dalam kenyataan pada Selasa, Pengarah Hospital Putrajaya, Datuk Dr Nora'i Mohd Said berkata, video pertama dipercayai milik seorang selebriti yang mempunyai impak tontonan tinggi.
Video kedua pula adalah dari saluran YouTube, milik seorang lagi selebriti yang memperkatakan dan menyokong isu dibicarakan oleh pemilik selebriti pertama.
Dr Nora'i berkata, isu berkenaan telah diperbesar-besarkan dengan perkataan-perkataan kesat terhadap petugas kesihatan yang menjalankan tugas.
"Pengurusan Hospital Putrajaya memandang serius akan perkara ini dan turut kesal dengan penularan video tersebut," katanya.
Beliau berkata, orang awam seharusnya lebih peka dengan keadaan semasa wabak COVID-19 dan setiap petugas kesihatan telah mengikut garis panduan Kementerian Kesihatan ditetapkan sepanjang mengendalikan wabak itu.
"Para petugas keletihan dan terpaksa mengenepikan ahli keluarga masing-masing demi tugas yang bahaya ini.
"Penularan ini telah memberi tekanan emosi kepada para petugas sedangkan sokongan moral dan semangat yang harus diberikan, dan bukannya kata cacian dan kesat seperti ini," katanya.
Dr Nora'i berkata laporan polis itu dibuat bertujuan mendapat tindakan sewajarnya daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terhadap individu yang tidak menghormati tugas anggota paramedik.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 24 2020

Menurut Dr Nora'i Mohd Said, pengurusan Hospital Putrajaya memandang serius akan perkara ini dan turut kesal dengan penularan video tersebut. - Gambar fail

AWANI Ringkas: Puas hati penjelasan pengurusan darurat, COVID-19 | Ibu pejabat KWSP ditutup bermula hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (7:00AM).

COVID-19 | Hospital ditutup susulan penemuan kes varian baharu
Sebuah hospital di Berlin, Jerman kini tidak lagi merawat pesakit baharu kerana menguruskan beberapa kes varian baharu COVID-19. Saringan rutin harian di wad kardiologi di Hospital Vivantes Humboldt mendapati 20 pesakit dijangkiti varian baharu itu.

Unjuran Pasaran | Ringgit dijangka mengukuh minggu ini
Sementara itu, Penganalisis Pasaran FXTM Han Tan berkata minggu ini akan berlaku peristiwa besar yang boleh mengubah sentimen risiko global. Ini termasuk musim pengumuman pendapatan korporat di Amerika sehingga data ekonomi dari Amerika dan China, serta keputusan kadar Rizab Persekutuan Amerika.

Unjuran Pasaran | Bursa Malaysia dijangka diniaga berhati-hati
Bursa Malaysia dijangka menyaksikan urus niaga berhati-hati menjelang mesyuarat Rizab Persekutuan Amerika Syarikat minggu ini. Ahli ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Adam Mohamed Rahim berkata penyertaan pelabur dijangka agak perlahan minggu ini.

Vaksin COVID-19 | Naib Presiden Argentina terima suntikan pertama
Naib Presiden Argentina Cristina Fernandez De Kirchner menerima dos pertama vaksin Sputnik V buatan Rusia. Bekas Presiden dua kali itu berusia 67 tahun menerima suntikan vaksin di Hospital Presiden Peron di Avellaneda, Buenos Aires.

COVID-19 | Angka korban global melepasi 2.12 juta
Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini melebihi 2.12 juta kes. Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 418 ribu kes.

COVID-19 | Kes positif dunia menghampiri 100 juta
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia kini menghampiri 100 juta kes. Ia berikutan lebih ratusan ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas sekali gus menjadikan kes kumulatif global kini 99.05 juta kes.

Bursa Malaysia dijangka bergerak berhati-hati
Ahli ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Adam Mohamed Rahim berkata, penyertaan pelabur dijangka agak perlahan minggu ini.

COVID-19 | Amerika larang kemasukan bukan warganegara
Dalam perkembangan sama, Biden akan mengenakan larangan ke atas kebanyakan bukan warganegara Amerika Syarikat memasuki negara itu yang baru-baru ini berada di Afrika Selatan. Larangan berkuatkuasa Sabtu ini. Langkah dibuat sebagai sebahagian usaha untuk mengekang penyebaran varian baru COVID-19.

Ekonomi AS | Biden ingin pelan rangsangan diluluskan segera
Presiden Amerika Joe Biden dijangka menggesa Demokrat dan Republikan di Kongres segera merangka dan luluskan Pelan Rangsangan COVID-19 bernilai 1.9 trillion dollar. Ini untuk membantu penduduk di Amerika dan mengelak berlakunya krisis ekonomi yang lebih besar akibat COVID-19.

COVID-19: Amerika Syarikat kenakan larangan perjalanan terhadap Afrika Selatan
Biden turut mengeluarkan larangan masuk ke atas hampir semua pelancong yang pernah berada di Brazil, UK, Ireland dan 26 negara di Eropah.

COVID-19: Naib Presiden Argentina terima suntikan vaksin pertama
Bekas presiden dua kali itu menerima suntikan vaksin di Hospital Presiden Peron di Avellaneda, Buenos Aires.

Pakar perubatan Kanada dakwa ubat gout mampu ubati COVID-19
Ujian klinikal menunjukkan Colchicine berjaya mengurangkan 21 peratus risiko kematian atau dimasukkan ke hospital terhadap pesakit COVID-19 berbanding plasebo.

COVID-19: Angka korban global melepasi 2.12 juta
Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 418,000 kes.

COVID-19: Kes positif dunia menghampiri 100 juta
Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 25.09 juta kes.

Sathianathan harap kerajaan benar Liga-M 2021 berlangsung
Perjalanan liga yang terganggu turut menjejaskan semua pihak terbabit sekali gus berkemungkinan besar 'membunuh' keseluruhan industri bola sepak tempatan.

PKRC MAEPS masih mampu tampung pesakit bergejala rendah
Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) masih mampu menampung pesakit COVID-19 bergejala rendah di Selangor.

COVID-19: Bank Islam beri bantuan kewangan RM37.9 bilion
Hampir 24,000 permohonan dengan jumlah pembiayaan melebihi RM3 bilion telah diluluskan di bawah program tersebut.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Ahad, 24 Januari 2021.