awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Bomba redah tujuh anak sungai, usung wanita cedera di Kapit
Tidak setuju dengan semua dasar Ataturk, tetapi protokol Turkiye harus dihormati - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Individu pernah ke kawasan berisiko diminta segera buat saringan - Pengarah Kesihatan Sarawak

Fadilah Sulaiman
Fadilah Sulaiman
26/01/2021
05:25 MYT
COVID-19: Individu pernah ke kawasan berisiko diminta segera buat saringan - Pengarah Kesihatan Sarawak
Dr Chin Zin Hing turut menggesa penghuni rumah panjang untuk membuat ujian saringan berikutan jumlah kes yang agak tinggi.- Foto BERNAMA
KUCHING:Individu yang mempunyai sejarah perjalanan ke kawasan berisiko tinggi seperti Sri Aman, Betong, Sibu, Kanowit, Dalat, Miri, Beluru dan Sebauh dalam tempoh dua minggu yang lalu diminta menjalani saringan dan ujian COVID-19 di klinik kesihatan atau hospital swasta terdekat.
Perkara itu dimaklumkan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak Dr Chin Zin Hing melalui satu kenyataan hari ini.
Menerusi kenyataan berkenaan, beliau meminta sesiapa yang telah ke tempat berisiko sama ada untuk mengunjungi ahli keluarga, rakan, atau menghadiri sebarang majlis seperti perkahwinan atau pengebumian untuk membuat saringan dengan segera.
"Mereka perlu membuat saringan jika tidak sihat dan mengalami sebarang gejala seperti batuk, demam, sakit tekak, hilang deria rasa atau bau, dan keletihan,"jelasnya
Dr Chin turut menggesa penghuni rumah panjang untuk membuat ujian saringan berikutan jumlah kes yang agak tinggi.
“Oleh kerana banyak kes positif COVID-19 telah dikesan di rumah panjang, penghuni yang mengalami sebarang gejala juga dinasihati untuk pergi ke klinik kesihatan terdekat bagi mendapatkan rawatan dan ujian pengesahan COVID-19,"ujarnya.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Pegarah Kesihatan Sarawak
#ujian saringan
#perkahwinan
#kes positif
#Dr Chin Zin Hing
#Miri
#Sibu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan