Industri pelancongan di negeri ini dijangka mengambil masa sekurang-kurangnya dua tahun untuk pulih sepenuhnya ekoran impak penularan COVID-19 yang melanda seluruh dunia, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Melaka, Datuk Muhamad Jailani Khamis.
Beliau berkata ia mengambil kira pelbagai faktor antaranya aspek ekonomi yang menyumbang pada penutupan sementara dan kekal beberapa fasiliti pelancongan termasuk hotel sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan serta keyakinan pelancong untuk berkunjung ke negeri ini.
Justeru katanya usaha mengembalikan kegemilangan Melaka sebagai destinasi pelancongan yang terkenal di dalam dan luar negara memerlukan kerjasama erat pelbagai pihak khususnya pemain industri daripada pelbagai sektor pelancongan.
"Saya percaya dalam tempoh dua tahun selepas COVID-19 berakhir, industri pelancongan Melaka akan pulih sepenuhnya...kepercayaan pelancong nak datang tempat kita ambil masa.
"Jadi, pelbagai usaha perlu dilakukan secara lebih agresif dan kami mempunyai perancangan untuk menjadikan Melaka sebagai pusat dagangan pelancongan bagi menarik keyakinan pelancong untuk datang," katanya pada sidang media mengenai perkembangan terkini industri pelancongan Melaka di sini, pada Selasa.
Mengulas lanjut, beliau berkata kerajaan negeri juga mempunyai pelbagai perancangan bagi memperkukuh industri pelancongan Melaka namun ia tidak dapat dilaksanakan buat masa ini susulan penularan wabak COVID-19.
Katanya antara perancangan itu ialah membuka lebih banyak laluan penerbangan udara ke destinasi dalam dan luar negara menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka di Batu Berendam di sini memandangkan medium pengangkutan itu mendapat permintaan yang tinggi sejak tempoh dua tahun lepas.
Muhamad Jailani berkata jumlah pelancong menggunakan perkhidmatan penerbangan di Melaka naik lebih 100,000 pada tahun lepas berbanding kurang 20,000 pada 2018.
Sementara itu, beliau berkata pelbagai bantuan dan pelepasan diberi kepada sektor perhotelan di negeri itu bagi memastikan impak wabak tersebut dapat dikurangkan agar dapat terus bertahan sehingga COVID-19 berakhir.
"Cukai perkhidmatan sedia ada kami telah beri pelepasan bermula Mac sehingga enam bulan dan pada masa sama pembayaran levi Tabung Pembangunan Sumber Manusia untuk hotel dan syarikat pelancongan juga telah dikecualikan bermula April.
"Kami juga telah bersetuju untuk berbincang dengan pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja bagi penstrukturan semula bayaran bagi memudahkan aliran wang tunai pengusaha pelancongan serta perhotelan dan sekarang kami sedang melihat caj warisan yang mungkin ditangguhkan pembayarannya dalam tempoh COVID-19 ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 05 2020
Kerajaan negeri juga mempunyai pelbagai perancangan bagi memperkukuh industri pelancongan Melaka namun ia tidak dapat dilaksanakan buat masa ini. Gambar fail
Boling Padang: Farah Ain muncul juara dunia!
Farah pamer aksi luar biasa dalam penampilan sulungnya di pentas bertaraf dunia dengan kemenangan straight sets 6-2 dan 6-3.
Sultan Nazrin, Tuanku Zara hadiri majlis Aidilfitri PDRM Perak
Sultan dan Raja Permaisuri Perak berkenan berangkat menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri PDRM Kontinjen Perak 2024.
Nahas helikopter Lumut: Kebajikan, pendidikan anak-anak wira dipastikan tidak terabai - Menteri
Kementerian Pendidikan lakukan susur tindak bagi memastikan kebajikan 10 orang anak mangsa nahas helikopter dijaga sehingga tamat persekolahan kelak.
Bintang TikTok Iraq, Umm Fahad ditembak mati di luar rumah
Pihak berkuasa Iraq umum penubuhan "jawatankuasa siasatan khas- untuk menjejaki pembunuh yang tidak dikenali itu.
PM Anwar tiba di Riyadh untuk hadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Anwar tiba di Riyadh dalam rangka lawatan tiga hari bagi menghadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF).
Jemputan peribadi ke Mesyuarat Khas WEF bukti keakraban Putera Mahkota Mohammed, PM
Ini merupakan lawatan keempat Anwar ke Arab Saudi sejak dilantik sebagai Perdana Menteri.
Kerajaan Pusat peruntuk RM1.59 bilion untuk pembangunan fizikal di Terengganu
Peruntukan tersebut melibatkan 99 projek baharu dan 296 projek sambungan di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).
Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di setiap daerah
Kerajaan Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di kesemua 11 daerah di negeri ini bagi menggalakkan kemasukan lebih banyak pelaburan asing khususnya dari China.
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 17 April 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 6 Januari 2024.
Bursa Malaysia akhiri dagangan 2023 ditutup pada paras terendah intra hari
Bursa Malaysia mengakhiri dagangan 2023 dengan ditutup pada paras terendah intra harinya pada 1,454,66 hari ini berbanding paras pembukaan hari pertamanya tahun ini pada 1,488.54.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 4 Julai 2023.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 29 Jun 2023.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 27 Jun 2023.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 19 Jun 2023.
Persatuan pelancongan tidak tahu peruntukan disediakan dalam Belanjawan 2021 - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata, mereka berasakan sedemikian kerana tidak tahu adanya peruntukan RM200 juta disediakan untuk memulihkan sektor pelancongan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita tempatan yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita tempatan yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang menjadi tumpuan sepanjang hari ini.