KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihati orang ramai agar tidak mengambil produk Ivermectin untuk tujuan rawatan dan pencegahan COVID-19.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataannya berkata ia berikutan tiada data klinikal bagi membuktikan keberkesanan penggunaannya dalam rawatan mahupun pencegahan wabak itu.
Menurutnya, Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) memaklumkan bahawa setakat ini tiada produk dengan bahan aktif Ivermectin berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) untuk kegunaan manusia.
Beliau menjelaskan Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) belum pernah meluluskan indikasi Ivermectin bagi tujuan rawatan atau pencegahan wabak berkenaan dan ia telah dijelaskan oleh FDA dalam artikel yang bertajuk "Why You Should Not Use Ivermectin to Treat or Prevent COVID-19" pada 3 Mei lepas.
Selain itu, beliau berkata Agensi Ubatan Eropah (EMA) juga belum mencadangkan penggunaan Ivermectin sebagai rawatan COVID-19 susulan tiada data klinikal yang mencukupi bagi membuktikan keberkesanan produk tersebut.
Setakat ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hanya membenarkan Ivermectin sebagai rawatan COVID-19 dalam kajian atau percubaan klinikal sahaja berdasarkan penjelasan dalam artikel yang bertajuk "WHO Advises That Ivermectin Only Be Used to Treat Covid-19 Within Clinical Trials" pada 31 Mac lepas.
"Oleh itu, memandangkan penularan wabak COVID-19 semakin meningkat di Malaysia, KKM tiada halangan untuk penggunaan produk tidak berdaftar Ivermectin bagi tujuan percubaan klinikal sahaja di Malaysia," katanya.
Beliau berkata KKM sentiasa mengutamakan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia dalam mengharungi pandemik COVID-19 dengan memberikan perhatian penuh kepada rawatan dan pencegahan COVID-19 yang diluluskan untuk kegunaan rakyat di negara ini.
Dr Noor Hisham turut menegaskan pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) adalah langkah yang paling efektif pada masa ini untuk mengawal penularan wabak COVID-19 di Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 16 2021
Dr Noor Hisham berkata KKM sentiasa mengutamakan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia dalam mengharungi pandemik COVID-19. - Bernama
Imigresen tahan 49 warga asing tiada dokumen sah, tinggal lebih masa
Jabatan Imigresen Perlis menahan 49 warga asing yang dipercayai tidak memiliki dokumen yang sah dan tinggal lebih masa di negara ini.
MCE labur RM200 juta bina kemudahan di Serendah
MCE Holdings Bhd (MCE) akan melabur sekitar RM150 hingga RM200 juta dalam tempoh 10 tahun untuk membangunkan kemudahan baharu
ERL hantar 20 petugas bantu operasi Makkah Metro
Seramai 20 petugas berpengalaman Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) dihantar ke Arab Saudi bagi menyokong operasi perkhidmatan tren Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro atau lebih dikenali Makkah Metro.
RM30 juta untuk pembangunan semula sekolah daif SK Tamu Darat - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) memperuntukkan RM30 juta untuk membangunkan semula Sekolah Kebangsaan (SK) Tamu Darat di sini yang merupakan antara sekolah daif di negeri ini.
Rasuah: Hukuman penjara bekas ketua balai polis diganti dengan denda RM10,000
Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman penjara dua bulan yang dijatuhkan ke atas bekas ketua balai polis bagi kesalahan menerima rasuah dan menggantikannya dengan denda RM10,000.
AS mungkin tidak kena sekatan terhadap Iran, bimbang harga minyak mentah naik mendadak
Iran tidak akan lakukan serangan besar yang boleh melumpuhkan Israel dan Israel juga tidak akan berbuat demikian terhadap Iran.
AWANI Ringkas: Kes lelaki Israel miliki senjata api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Saya masih setia dengan UMNO, kritikan hanya untuk bangkitkan semangat parti - Tengku Zafrul
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menegaskan beliau masih lagi setia bersama parti itu walaupun pernah mengkritik kepemimpinan UMNO Selangor sebelum ini.
AWANI Tonight: How will Iran-Israel situation evolve after tit-for-tat attacks?
Iranian officials and media are playing down the Israeli attack on Isfahan, saying it was limited to three small drones. Analyst Jonathan Lord discusses the Iranian response as concerns grow over a possible war with Israel.
AWANI Tonight: India: voters head to polls in world's biggest election
India’s 2024 general election kicks of today with over 969 million eligible voters. Rahul Mishra from Jawaharlal Nehru University shares what to expect as voters head to polls in the world’s biggest election. India, election, Narendra Modi, Rahul Mishra
KKM batal notifikasi enam produk kosmetik mengandungi racun berjadual
Penjual dan pengedar produk berkenaan perlu menghentikan penjualan dan pengedarannya dengan serta-merta.
Kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam meningkat minggu lepas
Kes baharu naik 5.2% (1,367 kepada 1,438 kes), kes sembuh turun 8.8% (1,497 kepada 1,365), kes kematian naik 300% (dua kepada lapan).
Kes denggi meningkat minggu lepas - KKM
Sepanjang tempoh tersebut 2,149 kes demam denggi dilaporkan, meningkat sebanyak 182 kes atau 9.3 peratus.
Kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan menurun 6.5 peratus
Tiada perubahan dari segi peratus pengisian katil fasiliti COVID-19 pada ME 6/2023, berbanding ME 5/2023, bagi katil bukan kritikal.
Malaysia pengerusi mesyuarat Lembaga Eksekutif WHO buat pertama kali
Malaysia dilantik ahli Lembaga Eksekutif WHO mewakili rantau Pasifik Barat bagi tempoh tiga tahun bermula Mei 2021.
Kes denggi catat penurunan minggu lepas
Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga kini adalah sebanyak 8,968, berbanding 2,948 kes bagi tempoh sama tahun 2022.
Genap tiga tahun negara 'diserang' COVID-19
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah merakamkan penghargaan kepada kesemua staf barisan hadapan yang bertungkus-lumus sejak kes pertama dilaporkan.
KKM arah premis ditutup 14 hari berikutan insiden tikus 'jamah' ayam
Dr. Noor Hisham Abdullah menerusi kenyataan media memberitahu, lokasi kejadian dikenal pasti di Pandan Indah, Kuala Lumpur.
Ubat batuk, selesema dari India tidak didaftarkan di Malaysia
KKM menerusi NPRA akan menjalankan pemantauan secara berterusan berkaitan kejadian ini.
Laporan kesihatan Najib: KKM terikat etika kerahsiaan pesakit - Dr Noor Hisham
Laporan kesihatan Najib hanya boleh dikemukakan kepada mahkamah sekiranya diarahkan oleh badan perundangan itu.