IPOH: Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak telah mengatur pelbagai strategi dalam pengurusan hospital-hospital Kementerian Kesihatan (KKM) di negeri ini agar perkhidmatan yang disediakan sentiasa berada di dalam keadaan yang optimum sejak pandemik COVID-19 melanda tahun lepas.
Pengarah Kesihatan Negeri Datuk Dr Ding Lay Ming berkata ini termasuklah penglibatan sebanyak 14 hospital KKM dan sejumlah 963 katil serta 81 katil Unit Rawatan Rapi (ICU) telah disediakan khusus untuk merawat pesakit COVID-19.
"Selain itu, Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) Arena Badminton, Ipoh dengan kapasiti sebanyak 520 buah katil telah ditubuhkan dengan kerjasama kerajaan negeri.
"Ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 1,564 buah katil disediakan khusus bagi merawat COVID-19 di negeri Perak," katanya dalam satu kenyataan ringkas malam tadi.
Dalam perkongsian di laman Facebook Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada Sabtu malam, memaklumkan Perak mencatatkan peningkatan kes COVID-19 kategori 4 dan 5 yang memerlukan rawatan kritikal atau Unit Rawatan Rapi (ICU).
Dr Noor Hisham berkata setakat Sabtu, terdapat 121 pesakit COVID-19 di Perak yang sedang dirawat di ICU dengan kadar purata tujuh hari penggunaan katil ICU melebihi 100 peratus.
"JKN Perak dengan kerjasama kerajaan negeri dan pelbagai agensi sedang giat melakukan persiapan bagi menghadapi peningkatan mendadak kes COVID-19 yang diramalkan berlaku dalam tempoh dua hingga tiga minggu lagi," katanya lagi.
Perak mencatatkan 748 kes baharu COVID-19 semalam.
- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 02 2021
Perak mencatatkan peningkatan kes COVID-19 kategori 4 dan 5 yang memerlukan rawatan kritikal atau Unit Rawatan Rapi (ICU). - Gambar hiasan
Haiwan peliharaan, terbiar juga boleh diserang strok haba
Bahang cuaca panas lazimnya memberi kesan kepada anjing, kucing dan arnab.
Threads kini mempunyai lebih 150 juta pengguna bulanan
Pengguna telah mula lebih bergiat berkongsi melalui Threads, dan ada yang telah mula hanya menggunakan Threads semata menggantikan Twitter.
Freedom Flotilla to Gaza: Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel wajar dicontohi
Walaupun usaha itu dilihat kecil namun ia mampu memberi tekanan kepada rejim Zionis dan menjadi contoh kepada komuniti global.
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Bandar Venice kenakan bayaran masuk mulai tahun depan
Semua pelawat yang berumur 14 tahun ke atas perlu membayar yuran masuk itu.
Ragam pengurusan punca Azraai Khor enggan kembali melatih
Katanya, sehingga kini masih ada pasukan yang menagih khidmatnya namun beliau sudah bertekad untuk berehat.
Arab Saudi lantik wanita jadi pegawai kanan pentadbiran dua masjid suci
Al-Anoud Al-Aboud dan Fatima Al-Rashoud dilantik sebagai pembantu kepada Presiden Ketua Umum Hal Ehwal Dua Masjid Suci, Sheikh Abdulrahman Al-Sudais.
COVID-19: JKN Perak pastikan perkhidmatan pengurusan hospital dalam keadaan optimum
Ini termasuk penglibatan 14 hospital KKM dan 963 katil serta 81 katil ICU yang disediakan khusus untuk merawat pesakit COVID-19.
Jangan benarkan ahli politik campur tangan urusan Tabung Haji - Anwar Ibrahim
Bagi memastikan operasi dan pengurusan terbaik, TH boleh menukar kepada pengurusan yang cekap, kata Ketua Pembangkang.
Pengurusan mantap jaminan kualiti di atas padang - Pemilik dua TRW
Selepas Kelantan FC, ahli perniagaan dan pakar saham dari Johor itu melabur pula ke atas kelab di negara seberang, PSPS Riau, yang diakuinya mempunyai bilangan peminat tegar yang ramai.
Giliran Nazirul Naim tinggalkan Perak FC
Pemain kelahiran Kuala Kangsar itu berkata beliau sendiri memohon pelepasan daripada pihak pengurusan baru-baru ini untuk meninggalkan Perak FC yang telah disertai sejak musim 2016.
Air Selangor, IWK terus majukan industri bekalan air pulih guna
Central Water Reclamation Sdn Bhd akan mengenal pasti usaha sama lain berkaitan dengan loji rawatan IWK, termasuk loji di Pantai 2, Kuala Lumpur dan Seksyen 23, Shah Alam, Selangor.
Sabah FC nafi gaji pemain, pengurusan tertunggak tiga bulan - CEO
CEO Sabah FC Khairul Firdaus Akbar berkata pihaknya mengakui terdapat isu kelewatan pembayaran gaji, namun ia telah diselesaikan.
Kajian rintis sistem pengurusan pelupusan kereta selama enam bulan
Kerajaan akan melaksanakan satu kajian rintis selama enam bulan bagi memantapkan sistem pengurusan pelupusan kereta terbiar.