BANDARAYA MELAKA: Sektor pelancongan di Jonker Walk, Melaka yang merupakan antara kawasan tumpuan utama pelancong ke negeri itu mencatatkan kerugian RM2.5 juta sehari akibat penutupan sementara sejak perintah kawalan pergerakan (PKP) 1.0 pada Mac tahun lalu.
Menurut Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan Negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis, ketiadaan aktiviti ekonomi di situ sekali gus turut menjejaskan hasil pendapatan kerajaan negeri serta Persekutuan.
Beliau berkata, kerugian RM2.5 juta sehari itu dinilai berdasarkan anggaran 10,000 pelancong mengunjungi kawasan itu sehari dengan setiap mereka membelanjakan RM250 untuk membeli-belah.
Sehubungan itu, kerajaan negeri, kata beliau, sedang dalam perancangan untuk menstrukturkan semula Jonker Walk sebagai kawasan pejalan kaki (pedestrian walk) dengan menutup jalan utama di kawasan itu kepada kenderaan pada waktu-waktu tertentu seperti yang telah dilaksanakan pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.
Bagaimanapun, kata Muhammad Jailani, perkara itu masih di peringkat kajian oleh pihak berkuasa tempatan.
“Hari ini Melaka sepatutnya sudah berada di Fasa Kedua (Pelan Pemulihan Negara)… kita (kerajaan negeri) merancang nak menghidupkan balik Jonker Walk, Jebat Street.
“(Melaka) pun dah nak masuk fasa seterusnya bagi menggalakkan pelancong datang ke Melaka, tetapi akibat COVID-19, kerugian tidak dapat dibendung, malah kita boleh cakap ia (COVID-19) memberi kesan kepada Melaka sebanyak 95 peratus,” ujar beliau kepada Astro AWANI ketika ditemui pada Sabtu.
Mengulas lanjut, beliau berkata, kerajaan negeri turut melaksanakan pelbagai pendekatan bagi membantu pemain industri pelancongan yang terjejas di Jonker Walk akibat tidak dibenarkan beroperasi dalam tempoh PPN.
Muhammad Jailani berkata, hampir 80 peratus peniaga di Jonker Walk terpaksa menghentikan perniagaan mereka bagi mengurangkan tanggungan perbelanjaan.
Industri pelancongan, jelas Muhammad Jailani, menyumbang 48 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Melaka pada 2019 dengan nilai 'output' RM20.94 bilion.
Jelasnya, selepas kerajaan memberikan kelonggaran membuka semula kawasan berkenaan kepada pelancong, proses pemulihan dijangka memerlukan tempoh antara enam bulan hingga setahun.
Malah, menerusi Belanjawan 2021 Melaka, kerajaan negeri telah mengumumkan insentif baharu buat 2,878 peniaga dan penjaja kecil dengan mengecualikan sewa tapak penjaja bagi tempoh Mac hingga April 2020 dengan anggaran RM2.34 juta.
Bagi tempoh Jun hingga Disember 2021, pihak berkuasa tempatan (PBT) juga bersetuju memberikan pengurangan 50 peratus ke atas caj lesen penjaja dan peniaga kecil yang boleh dimanfaatkan kepada 5,919 pemegang lesen.
Tambahnya, secara tidak langsung, penjaja dan peniaga kecil di kawasan Jonker Walk turut menerima manfaat berkenaan.
Shuhada Abdul Kadir
Sat Aug 21 2021
Persekitaran The Stadthuys yang menjadi mercu tanda Melaka sunyi sepi tanpa kehadiran pelancong atau orang tempatan, tidak seperti kelazimannya. Foto ini dirakamkan oleh Astro AWANI hari ini.
KWSP struktur semula kepada tiga akaun mulai 11 Mei
Akaun KWSP akan distruktur semula daripada dua kepada tiga, iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Apple dilapor kurangkan pengeluaran Vision Pro susulan permintaan rendah
Walaupun jualan pada awalnya amat memberangsangkan, momentum tidak berterusan kerana unit awal hanya dibeli oleh peminat paling tegar Apple.
Nahas dua kenderaan punca insiden kecoh semasa pengebumian pegawai TLDM - Polis
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas pemandu kereta terlanggar sebuah motosikal berhampiran dengan masjid.
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Isu penceramah pro-Zionis: 'Keluar! Anda tidak dialukan di negara ini!' - Rakyat Malaysia
Pada Rabu, Universiti Malaya (UM) mendapat kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dalam ceramahnya di universiti.
AWANI Ringkas: Mangsa nahas helikopter dikebumi hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Terengganu mampu tanggung 50 peratus hutang PTPTN rakyat
Perkara itu boleh dilaksanakan sebagaimana dilakukan kerajaan Sarawak bagi memberi suntikan dan galakan kepada golongan pelajar.
Manchester City buka sekolah di Vietnam
Dwight School Hanoi sedia membentuk bakat muda di kampus termaju seluas 41,000 kaki persegi di The Manor Central Park, Hanoi.
Konsep mesra penjaja meriahkan sambutan Tahun Baharu Cina di Melaka
Ab Rauf berkata sambutan CNY malam tadi merupakan manifestasi kepada nilai kesepaduan dan kebersamaan sebagai rakyat Malaysia.
Lebih 15,000 dijangka hadir Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina di Jonker Walk
Lebih 15,000 pengunjung dari dalam dan luar Melaka dijangka memeriahkan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri Melaka yang dijadual berlangsung di Jonker Walk di sini pada 22 Feb ini.
Ribuan rai kehadiran PM di Jonker Walk
Anwar diraikan dengan persembahan naga yang telah mencipta nama dalam Malaysia Book Of Record baru-baru ini, sebagai naga terpanjang.
Warga emas maut, rumah sewa di Jonker Walk hangus dijilat api
Mangsa maut di lokasi kejadian selepas melecur hampir 70 peratus di bahagian paha dan perut.
COVID -19: Jonker Walk rugi RM2.5 juta sehari
Kerugian RM2.5 juta sehari itu dinilai berdasarkan anggaran 10,000 pelancong mengunjungi kawasan itu sehari dan berbelanja RM250 untuk membeli-belah.
Jonker Walk hampir 'lumpuh'
Penutupan sektor pelancongan menyebabkan pemilik dan penyewa premis terjejas teruk akibat hilang punca pendapatan.
Kerbau 'buat hal' di Jonker Walk, anggota bomba cedera disondol
Gara-gara seekor kerbau sesat di Jalan Tun Tan Cheng Lock, berhampiran Jonker Walk, Melaka dua anggota bomba dan seorang pekerja sebuah hotel mengalami kecederaan.
Ghazale Muhamad: Jangan politikkan pembukaan Jonker Walk
Jangan sesekali cuba mempolitikkan atau mewujudkan masalah perkauman berkaitan isu pembukaan Jalan Hang Jebat di Jonker Walk.
MCA minta kerajaan Melaka tarik balik pembukaan Jonker Walk untuk kenderaan
MCA telah meminta kerajaan Negeri Melaka menarik balik keputusan pembukaan Jonker Walk untuk kenderaan yang dibuat pada mesyuarat exco baru-baru ini.
Nazri mahu Jonker Walk tidak dibuka kepada kenderaan
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan mahu jalan di sepanjang pasar malam Jonker Walk di Melaka terus ditutup kepada lalu lintas.