awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: JPBNS umum peraturan baharu masuk ke Sarawak

Syafik Shukri Jalil
Syafik Shukri Jalil
24/09/2020
10:16 MYT
COVID-19: JPBNS umum peraturan baharu masuk ke Sarawak
Penduduk Semenanjung, Sabah, Labuan dan warga asing perlu memohon kebenaran masuk menerusi aplikasi ENTERSARAWAK dan melampirkan keputusan ujian saringan dalam tempoh tiga hari sebelum memulakan perjalanan. FOTO: Astro AWANI
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak hari ini menggariskan beberapa peraturan baharu masuk ke negeri itu susulan peningkatan jumlah kes positif COVID-19 di Sabah.
Menerusi kenyataan pada Khamis, JPBN Sarawak menetapkan semua warga Sarawak, pemegang Pas Pemastautin Tetap (PR) Sarawak dan pemegang Pas Visa Sarawak yang masuk ke negeri ini melalui Sabah dan Labuan perlu memohon kebenaran masuk menerusi aplikasi 'EnterSarawak'.
Malah mereka juga diwajibkan menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari dan dibekalkan gelang tangan manakala ujian saringan akan dilakukan pada hari kedua dan kesepuluh serta kos akan ditanggung kerajaan negeri.
“Sementara itu bagi warga Semenanjung, Sabah, Labuan dan warga asing, mereka perlu memohon kebenaran masuk menerusi aplikasi 'EnterSarawak' dan melampirkan keputusan ujian saringan dalam tempoh tiga hari sebelum memulakan perjalanan.
“Mereka akan diberi pas masuk selama lima hari dan perlu melampirkan tiket perjalanan pulang namun sekiranya gagal berbuat demikian, mereka tidak akan diberi kelulusan masuk ke Sarawak,” kata kenyataan itu.
Seterusnya, bagi yang berulang alik dari Sabah dan Labuan, mereka perlu memohon pas khas daripada JPBN bahagian masing-masing dan melakukan ujian saringan setiap 14 hari.
Manakala bagi yang telah berada di Sabah dan Labuan selama 14 hari atau lebih, mereka perlu mengisytiharkan perkara itu dan sekiranya gagal, mereka akan dikenakan tindakan di bawah Ordinan Perlindungan Kesihatan Awam Negeri 1999.
Selain itu, bagi yang melakukan transit di Sabah dan Labuan, mereka juga wajib memohon kebenaran masuk menerusi EnterSarawak dan tidak perlu melampirkan keputusan ujian saringan sekiranya mereka tidak keluar dari lapangan terbang terlibat.
Kenyataan sama memaklumkan Sarawak hari ini tidak merekodkan pertambahan kes positif COVID-19 menjadikan jumlah itu kekal 703 kes.
Topic Berkaitan
#AWANI Sarawak
#COVID-19
#ENTERSARAWAK
#JPBN Sarawak
#kes positif
#Labuan
#Sabah
#Sarawak
#wristband
#zon merah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan