JUMLAH korban akibat COVID-19 terus meningkat.

Angka kematian di seluruh dunia mengikut data daripada Johns Hopkins University kini melepasi 1.44 juta kes.

Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 264,000 kes, diikuti Brazil dengan lebih 171,000 kes.

India dan Mexico pula masing-masing merekodkan lebih 135,000 dan 104,000 kematian.

Sementara itu, United Kingdom, Itali, Perancis dan Iran merekodkan angka kematian lebih 50,000 kes.

Negara yang melepasi angka 40,000 kematian ialah Sepanyol.

Dalam pada itu, negara yang melepasi angka 30,000 termasuk Rusia, Argentina, Colombia dan Peru.

Lain-lain negara masih merekodkan angka korban bawah 21,000 kes.