ANGKA kematian global akibat COVID-19 kini melebihi 1.14 juta kes.

Statistik Johns Hopkins University menunjukkan, jumlah terkini ialah 1,141,724.

Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 223,845 kes. Ini diikuti Brazil dengan 155,900 kes.

Manakala India dan Mexico masing-masing merekodkan lebih 117,306 dan 87,415 kes kematian, sambil United Kingdom mencatatkan 44,661 kes.

Itali, Sepanyol, Perancis, Peru dan Iran pula berkongsi angka korban dengan lebih 30,000 kes.

Negara yang melebihi angka 20,000 kes korban adalah Colombia, Argentina dan Rusia sementara lain-lain negara masih merekodkan angka korban di bawah 20,000 kes.