awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MAIPs salur RM2.7 juta bantuan zakat menerusi 91 kayuhan sepanjang 2025
Innovathon 3: Inovasi semburan organik, Spray Fresh juara minggu kelima
Joao Cancelo kembali ke Barcelona! Perjanjian pinjaman dimuktamadkan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menteri Luar Norway sokong kedaulatan Denmark susulan Trump kembali berminat terhadap Greenland

Bernama
Bernama
05/01/2026
04:00 MYT
Menteri Luar Norway sokong kedaulatan Denmark susulan Trump kembali berminat terhadap Greenland
Perdana Menteri Denmark, Mette Frederiksen berkata, AS tidak mempunyai hak untuk mendarat atau merampas Greenland, serta menggesa Washington supaya menghentikan ancaman terhadap sekutu rapat dan rakyat Greenland. - Gambar fail Reuters
OSLO: Menteri Luar Norway, Espen Barth Eide menegaskan pada Ahad bahawa kedaulatan sesebuah negara mesti dihormati selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump sekali lagi menyatakan AS memerlukan Greenland, lapor Xinhua.
"Kenyataan beliau yang diulangi itu mengingatkan kita betapa pentingnya untuk mempertahankan prinsip-prinsip asas. Kedaulatan sesebuah negara mestilah dihormati," kata Eide dalam satu temu bual bersama penyiar Norway, NRK.
Beliau berkata, Norway, seperti negara Eropah yang lain, menyatakan solidariti bersama Denmark dan menambah bahawa sebarang perubahan dalaman dalam Kerajaan Denmark adalah keputusan rakyat Denmark dan Greenland sendiri, bukannya pihak lain.
Eide turut berkata, bahawa tidak ada kaitan langsung antara campur tangan AS di Venezuela dengan Denmark atau Greenland, sambil memetik perbezaan konteks sejarah yang ketara.
Trump dalam satu temu bual telefon dengan The Atlantic pada Ahad berkata, AS "secara mutlak" memerlukan Greenland.
Beliau turut membincangkan campur tangan AS di Venezuela.
Sebagai tindak balas, Perdana Menteri Denmark, Mette Frederiksen dalam satu kenyataan berkata, AS tidak mempunyai hak untuk mendarat atau merampas Greenland, serta menggesa Washington supaya menghentikan ancaman terhadap sekutu rapat dan rakyat Greenland.
Bulan lepas, Trump mengumumkan pelantikan Gabenor Louisiana, Jeff Landry sebagai Utusan Khas AS ke Greenland, sekali gus memperbaharui ketegangan diplomatik antara Washington dan Kerajaan Denmark.
Sejak memegang jawatan pada Januari 2025, Trump berulang kali menyatakan minat untuk menguasai Greenland dan berkata beliau tidak menolak penggunaan "paksaan ketenteraan atau ekonomi" untuk mencapai matlamat itu.
--BERNAMA-XINHUA
Topic Berkaitan
#Greenland
#Norway
#Denmark
#kedaulatan
#Donald Trump
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan