Jurang pendapatan di antara golongan kaya dan miskin dalam negara dikhuatiri menjadi luas susulan impak ekonomi akibat COVID-19.
Ahli Lembaga Pemegang Amanah di Malaysia Institute of Economic Research (MIER) & dan felo penyelidik di IKMAS UKM Dr Muhammed Abdul Khalid berkata ini kerana golongan berpendapatan rendah paling terdedah kepada risiko ekonomi.
Jelas beliau, pada masa sama, golongan kaya tidak terlalu terkesan dengan impak ekonomi akibat COVID-19.
Muhammed turut menjangka akibat COVID-19, jurang pendapatan akan terus melebar kerana peratusan tertinggi yang hilang pekerjaan adalah golongan bawahan, terutamanya golongan yang bekerja sendiri.
"Malah, pekerja sendiri tidak mendapat bantuan seperti upah gaji ataupun skim insuran pekerja.
"Manakala, pada masa yang sama, pasaran saham yang telah naik hampir 20 peratus sejak April tahun ini menguntungkan golongan atasan, dan ini antara faktor yang melebarkan jurang antara kaya dan miskin," tegasnya.
Pada masa sama beliau bertegas bahawa landskap ekonomi ketika ini tidak mencerminkan fasa pemulihan, sebaliknya tempoh paling sukar dalam ekonomi belum lagi dirasai, terutamanya apabila tempoh monotarium dan juga subsudi upah tamat tempoh dalam tempoh terdekat.
Ia juga diburukkan lagi apabila negara rakan dagang Malaysia masih tidak menunjukan pemulihan.
Tegasnya, bagi membantu menjayakan fasa pemulihan, dasar intervensi kerajaan harus bersifat lebih holistik dan bukannya ad-hoc demi memberi keyakinan kepada pelabur dan rakyat.
Beliau memberi contoh di mana subsidi upah mulanya hanya diberikan untuk tiga bulan yang kemudiannya dilanjutkan tiga bulan lagi, berbanding Singapura yang menyediakan subsidi upah untuk tempoh yang lebih lama lantas memudahkan firma dan syarikat untuk membuat pelan pemulihan yang lebih baik.
Dr Muhammed ditemui selepas webinar Legasi-PERKEM, "COVID-19: Cabaran dan Strategi kepada Golongan Marhaen" yang disiarkan menerusi Facebook Universiti Kebangsaan Malaysia.
Astro Awani
Wed Aug 05 2020

Muhammed berkata ini kerana golongan berpendapatan rendah paling terdedah kepada risiko ekonomi. -Gambar fail

Jangan susahkan rakyat ketika berkuasa - Anwar
Anwar mengingatkan pemimpin supaya menggunakan kuasa yang ada untuk kepentingan rakyat yang terdiri dari pelbagai kaum.

Lawatan Rasmi | Projek RTS antara yang akan dibincangkan bersama Singapura – Zambry
Projek Sistem Transit Rapid (RTS) yang akan menghubungkan Johor ke Singapura akan menjadi antara topik perbincangan sempena lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Singapura pada Isnin.

Pemilihan UMNO | Bermula Rabu di semua cawangan dan bahagian
Pemilihan UMNO bermula Rabu depan, tetap dilaksanakan di semua cawangan dan bahagian, walaupun ada bahagian yang digantung.

Pukul Isteri | Suspek direman empat hari, positif methamphetamine
Lelaki yang memukul isterinya dalam video tular sejak dua hari lalu direman empat hari bermula hari ini hingga 1 Februari bagi membantu siasatan. Suspek 35 tahun yang juga suami kepada mangsa ditahan polis sekitar jam 2.30 petang Jumaat.

Air Laut Pasang | Kampung tepi pantai diancam hakisan
Air laut pasang dan angin kuat menyebabkan beberapa rumah penduduk di Kampung Pantai Damak, Bachok dimasuki air laut.

Hujan berterusan diramal landa pantai timur, selatan tanah air, Sabah hingga Isnin
Hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka melanda Tumpat, Pasir Mas, KB, Bachok dan Pasir Puteh di Kelantan serta seluruh kawasan di Terengganu.

Tiada keperluan doktor khas iringi Azizulhasni - PKBM
Datuk Amarjit Singh berkata, pegawai perubatan dari Institut Sukan Negara sudah mencukupi untuk memantau rapi Azizulhasni.

Pantau Kerajaan Baharu: Lawatan rasmi PM ke Singapura 30 Januari
Pantau Kerajaan Baharu kali ini bersama Penganalisis Politik Prof Madya Dr Ahmad Marthada Mohamed bagi membincangkan lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Singapura esok (30 Januari).

Belasungkawa | PM ucap takziah kepada keluarga mendiang Gopal Sri Ram
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang bekas Ketua Hakim Negara, Datuk Seri Sri Ram Gopal yang meninggal dunia pada Ahad. Anwar dalam satu ciapan di Twitter berharap agar urusan keluarga mendiang dipermudahkan dan mereka diberikan kecekalan berdepan saat ini.

AWANI Ringkas: Pemecatan dan penggantungan sah perlembagaan

COVID-19: Jurang kaya dan miskin dikhuatiri semakin melebar - Pakar ekonomi
Jelas beliau, pada masa yang sama, golongan kaya tidak terlalu terkesan dengan impak ekonomi akibat COVID-19.