awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPKT keluarkan peringatan akhir susulan penguatkuasaan perintah khidmat masyarakat
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Batik ecoprint hasil karya anak didik Cikgu Hadi curi tumpuan di Festival Kraf Johor 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kelantan kenal pasti 7 kluster libatkan sekolah

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
21/04/2021
08:55 MYT
COVID-19: Kelantan kenal pasti 7 kluster libatkan sekolah
Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) mengesan tujuh kluster membabitkan sekolah-sekolah di Kelantan. - Gambar fail/BERNAMA
KOTA BHARU: Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) mengesan tujuh kluster membabitkan sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan dan juga Yayasan Islam Kelantan (YIK) di seluruh Kelantan.
Pengarahnya, Datuk Dr Zaini Hussin berkata berdasarkan data dua minggu sehingga 16 April lepas, 30 peratus kes aktif di Kelantan adalah membabitkan warga sekolah.
“Kalau kita lihat data yang ada 14 hari sehingga 16 April lalu 30 peratus kes aktif merupakan warga sekolah sama ada pelajar atau guru atau kakitangan.
“Ini menunjukkan bahawa bermula sekolah sehingga 16 hari bulan kita ada tujuh kluster sekolah membabitkan sekolah kementerian dan sekolah YIK, dan ini menjadi perhatian kita kali ini,” jelas beliau.
Zaini berkata, terdapat beberapa punca yang menyebabkan berlakunya kluster sekolah antaranya bermula dari komuniti, majlis perkahwinan yang dihadiri guru atau pelajar dan ada kes sporadik yang tiada kaitan dari mana-mana kluster.
BACA: Nilai R-Naught : Kadar kebolehjangkitan di Kelantan melepasi paras Rt nasional
Semalam, JKNK melaporkan sejumlah 300 kes positif adalah membabit warga sekolah termasuk pelajar dan juga guru.
Sementara itu, Zaini memaklumkan pusat kuarantin dan rawatan COVID-19 berisiko rendah (PKRC) sudah penuh dan melepasi kapasiti.
Kes meningkat tiga angka sehari sejak beberapa hari lalu hingga semalam menyebabkan PKRC penuh dengan pesakit.
Tambahnya, setakat ini terdapat enam PKRC, masing masing empat di Kota Bharu, satu di Kuala Krai dan satu di Tumpat.
Topic Berkaitan
#kluster sekolah
#Kluster Pendidikan
#Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan
#Kelantan
#COVID-19
#Yayasan Islam Kelantan
#YIK
#pelajar
#guru
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan